Isnin, 1 Mac 2010

Rabu, 17 Februari 2010

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi di Malaysia

KEPENTINGAN
CONTOH
a) Pusat Pelancongan
- Suhu yang sederhana menarik pelancong datang ke Malaysia.
- Tanah Tinggi Cameron
-Gentinghighland
b) Kawasan Tadahan Air
- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.
c) Sumber Kayu Balak
- Diliputi oleh Hutan Hujan Tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti keruing dan Meranti
d) Pusat Jana Kuasa Hidroelektrik
- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidro elektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras
e) Kawasan Pertanian
- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana
Tanah Pamah
Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang.
Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Bnajaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang.
KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH.
Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk.
Banjyak petempatan dibina di kawasan tanah pamah yang terdiri daripada bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kuching, dan Kota Kinabalu.
Bandar-bandar ini adalah pusat pentadbiran, pusat perdagangan, dan kewangan.
Kawasan tanah pamah sesuai dijalankan pertanian seperti penanaman nanas, padi, getah, dan kelapa sawit.
Tanah pamah sesuai juga dijadikan tapak perindustrian kerana kawasan yang rata memudahkan kilang dibina. Contohnya di Petaling Jaya dan Shah Alam.
Jaringan pengangkutan jalan raya dan landasan kerata api juga dibina di kawasan rendah dan rata.
Tanah pamah di kawasan pinggir laut pula dibina pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang.
Pinggir Laut
Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang dan pelbagai bentuk uka bumi seperti tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau, dan pentas benua.
Semua negeri mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persukutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Hakisan terhadap batu-batan yang curam di pinggir laut membentuk tebing tinggi.
Hakisan terhadap batuan yang berselang-seli keras dan lembut membentuk teluk dan tanjung.
Hakisan terhadap batuan lembut di bahagian tabing tinggi akan membentuk gua.
Hakisan gua yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.
Hakisan berterusan terhadap gerbang laut akan membentuk batu tunggul dan seterusnya batu sisa.
Proses pemendapan ombak membentuk pantai berpasir, anak tanjung, beting pasir, lagun, dan tombolo.
CIRI dan KEPENTINGAN PINGGIR LAUT
Pentas benua ialah bahagian dasar laut yang cetek, tidak lebih 180 meter dalam.
Pentas benua terdapat di kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak di Laut China Selatan.
Laut penting sebagai kawasan perikanan, perlombongan petroleum, dan gas asli.
Pantai berpasir merupakan kawasan yang ditimbuni pasir dan batu kelikir di sepanjang kawasan pinggir laut.
Pantai mempunyai permatang pasir yang panjang, bersih, dan indah.
Pantai penting sebagai kawasan perlancongan dan perkelahan seperti Port Dickson di Negeri Sembilan, Pantai Cahaya Bulan di Kelantan, dan Batu Feringghi di Pualu Pinang.
Pokok kelapa tumbuh di sepanjang pantai berpasir.
Pantai berlumpur merupakan kawasan pinggir laut yang ditumbuhi pokok bakau yang bertindak menahan hakisan akibat dilanda oleh ombak laut.
Pantai berlumpur terdapat di sekitar muara Sungai Perak dan muara Sungai Rajang.
Pantai berlumpur merupakan sumber kayu bakau dan menjadi tempat pembiakan hidupan laut sepert ketam, kerang, dan ikan.
Pulau adalah sebuah daratan yang dikelilingi oleh laut. Contoh, Pulau Langkawi dan Pulau Redang.
Pulau penting sebagai kawasan pelancongan, pelabuhan antarabangsa, dan pelabuhan perikanan.
Tanjung merupakan daratan yang menganjur ke laut dan terdiri daripada lapisan batuan keras yang tahan hakisan.
Contoh tanjung seperti Tanjung Bidara di Melaka, Tnajung Dawai di Kedah, dan Tajung Datu di Sarawak.
Teluk adalah kawasan air antara dua tanjung. Contohnya, Teluk Kemang di Negeri Sembilan dan Teluk Darvel di Sabah.
Teluk yang terlindung daripada tiupan angin monsun dan ombak sesuai dibina petempatan nelayan, tapak perlabuhan,kawasan perikanan, dan tempat perkelahan.
Tebing tinggi terdiri daripada batuan keras yang condong sama ada ke laut atau ke daratan dan bercerun curam.
Contohnya, Tebing Tinggi Kudat di Sabah dan Tebing Tinggi Bungah di Pulau Pinang.
Tebing tinggi penting sebagai tempat rekreasi dan pelancongan serta tapak bina rumah api.
Pola Saliran
Sebuah sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya.
Kwasaan yang disaliri oleh sistem saliran ini dikenal sebagai lembangan sungai.
Pola saliran merujuk kepada cara cawangan sungai dan sungai utama menjalin antara satu dengan yang lain.
Contoh: reranting, jejala, sepunca(jejari), saliran bawah tanah, sejajar, bersirat, saliran darat, dan gegelang.
Pola saliran reranting berbentuk di lembangan sungai yang mempunyai struktur batuan yang sama kekerasan.
Pola saliran ini kelihatan seperti pokok yang mempunyai batang, dahan, dan ranting.
Contoh sungai yang mempunyai jenis saliran ini adalah Sungai Rajang, Sungai Baram, Sungai Pahang, dan Sungai Kelantan.
Pola saliran jejala terbentuk di lembangan sungai yang mempunyai batuan keras dan batuan lembut yang berselang-seli. Contohnya, Sungai Perak.
Anak-anak sungai mengalir di batuan lembut dan bercantum dengan sungai utama pada sudut tepat, iaitu 90'.
Pola saliran sepunca(jejari) terbentuk apabila sungai mengalir turun menghala ke semua arah dan kemuncak sebuah bukit atau gunung. Contohnya, di Gunung Kinabalu dan Gunung Benom.
Pola saliran bawah tanah terdapat di kawasan batu kapur. Sungai-sungai mengalir masuk ke kawasan batu kapur yang poros dan mengalir keluar sebagai mata air.
Pola saliran sejajar terbentuk apabila anak-anak sungai yang mengalir selari bercantum dengan sungai utama di sebelah sungai utama saja.
Pola saliran bersirat terbentuk di kawasan delta sungai atau dataran mendap.
Jenis saliran ini mempunyai banyak alur sungai.
Pola saliran darat terbentuk apabila anak-anak sungai atau sebuah sungai mengalir masuk ke sesuatu kawasan dan membentuk tasik.
Pola saliran gegelang terbentuk apabila cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah.
Sungai dan Tasik
Sungai-sungai di Malaysia sentiasa mempunyai kandungan air yang banyak kerana negara ini menerima hujan yang lebat sepanjang tahun.
Sungai-sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi dan mengalir di antara banjaran gunung. arah timur ke barat di Sabah dan Sarawak; arah utara ke selatan di Semenanjung Malaysia.
Sungai-sungai utama: Sungai Pahang (475km) ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia; Sungai Rajang (563km) ialah sungai yang terpanjang di Sarawak dan di Malaysi; Sungai Kinabatangan (560km) ialah sungai yang terpanjang di Sabah.
Tasik Bera dan Tasik Chini ialah contoh tasik semula jadi.
Tasik Bera dan Tasik Chini adalah contoh tasik semula jadi.
Tasik Chenderoh, Tasik Temengor, dan Tasik Kenyir ialah contoh tasik buatan manusia yang terbentuk akibat pembinaan empangan untuk tujuan penjanaan hidroelektrik.
Tasik Perdana dibuat untuk tujuan rekreasi dan pelancongan.
Pentingnya tasik sebagai sumber ikan air tawar; sebagai sumber bekalan air; dan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan.


Kepentingan Kawasan Tanah Pamah di Malaysia
KEPENTINGAN
CONTOH
a) Kawasan Pertanian
- Diliputi tahih alluvium; penting untuk padi
- Bersaliran baik, sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit
b) Kawasan Perlombongan
- Timah alluvium banyak terdapat di lombong di Lembah Kinta
c) Tapak Petempatan
- Menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Kelang
d) Kawasan Perindustrian
- Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah seperti di Lembah Kelang
e) Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan
- Tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan

Ahad, 31 Januari 2010

RENUNGAN BUAT ANAK YANG MASIH ADA LAGI IBU

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...
Mak..... Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.....
Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai......
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu......
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .tapi
kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..
Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer...
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak......
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter....Mak.....Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...
sekosong hati ini......
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...
dinginnnn. ....
Mak......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..
." dikk...jangan nangis...
kalau sayang mak jangan buat gitu...
jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu....
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...."
tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu....
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

TIPS PENULISAN UPSR

Tip Penulisan
Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR menyediakan tiga soalan untuk dijawab dalam tempoh 1 jam. Anda boleh memilih untuk menjawab Soalan 1 (a) atau 1 (b). Calon dimestikan untuk menjawab Soalan 2.
Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Seelok-eloknya tulislah sehingga 120 patah perkataan. Jangan terlalu panjang kerana anda akan kesuntukan masa untuk menjawab soalan yang seterusnya. Anda mungkin juga akan banyak melakukan kesalahan dari segi tatabahasa yang akan menyebabkan markah anda ditolak.
Umumnya, karangan/penulisan dalam UPSR terbahagi kepada dua jenis:
¨ Karangan berformat
¨ Karangan tidak berformat
4. Contoh karangan berformat
¨ berita
¨ dialog/ temu ramah
¨ laporan
¨ perbahasan
¨ surat kiriman rasmi
¨ surat kiriman tidak rasmi
¨ syarahan
¨ ucapan
5. Contoh karangan tidak berformat
¨ autobiografi & biografi
¨ fakta
¨ imaginasi/cereka
¨ peribahasa
¨ perbincangan
¨ naratif/keperihalan
¨ penerangan
¨ situasi
¨ menyudahkan cerita
Ciri-Ciri Karangan yang Baik
¨ pendahuluan yang berkesan, memahami kehendak soalan dan memberikan tumpuan kepada tugasan soalan
¨ isi yang relevan dan mencukupi
¨ isi diolah dengan baik
¨ disertakan contoh-contoh yang sesuai
¨ pemilihan kata yang sesuai
¨ kosa kata luas dan tepat
¨ ada kesinambungan
¨ ada perenggan
¨ penutup yang baik
Proses Menulis Karangan
¨ Memahami kehendak soalan
¨ Mencari isi penting
¨ Menyusun isi, bina rangka karangan
¨ Menulis karangan
¨ Menyemak (aspek bahasa sahaja)
Pemarkahan Karangan
a. Isi - 10 markah
Perincian peruntukan markah:
¨ Pendahuluan - 1 markah
¨ Isi 1 - 2 markah
¨ Isi 2 - 2 markah
¨ Isi 3 - 2 markah
¨ Isi 4 - 2 markah
¨ Penutup - 1 markah
Nota: Isi yang mantap (isi dengan huraian dan olahan, yang tidak menepati piawai, hanya diberi 1 markah sahaja).
b. Aspek Bahasa - (15 markah)
¨ perbendaharaan kata - 3 markah
¨ struktur ayat - 3 markah
¨ imbuhan - 3 markah
¨ tanda baca - 3 markah
¨ ejaan - 3 markah

Rabu, 27 Januari 2010

BENTUK-BENTUK PANTUN

Bentuk Pantun :Pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:977), pantun ialah puisi lama yang bisanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dalam setiap rangkap terdapat dua baris pertama yang merupakan pembayang maksud dan selainnya ialah maksud yang hendak disampaikan.
Pantun mempunyai rangkap-rangkap berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2, 4, 6, sehingga 16. Rangkap yang paling umum ialah yang mempunyai empat baris serangkap.Rangkap yang genap adalah melambangkan keindahan kerana orang Melayu penting sesuatu yang telah di susun rapi, tapi menarik. Pembentukan rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun Melayu iaitu pantun dua kerat (pameo atau pantun kilat), pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan seterusnya hingga pantun enam belas kerat. Terdapat juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait, (Zainal Abidin Bakar, 1991) dan biasanya dalam bentuk empat kerat.
Setiap baris mengandungi kata dasar antara 4-5 patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara lapan hingga dua belas. Yang biasanya ialah lapan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris.
Setiap stanza/rangkap pantun mempunyai dua unit atau kuplet iaitu unit/kuplet pembayang/sampiran (separuh jumlah baris bahagian pertama) dan unit/kuplet maksud (separuh jumlah baris bahagian kedua).
Mempunyai skema rima hujung yng tetap iaitu a-b,a-b dengan sedikit variasi a-a, a-a, a-b, a-a, a-b, b-a dan sebagainya. Tetapi lumrahnya ialah a-b,a-b.
Setiap rangkap pantun merupakan satu keseluruhan, iaitu mengandungi satu fikiran yang bulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut. Walaubagaimanapun terdapat juga pantun yang tidak lengkap jika hanya satu rangkap sahaja seperti pantun berkait.
Pendeta Za’ba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu III mengatakan bahawa pantun ialah karangan berangkap yang menjadi milik bangsa Melayu dan mempunyai semangat Melayu. Pantun merupakan wadah bagi orang Melayu dalam menggambarkan pencapaian kognitif atau fikiran, falsafah, sikap dan perasaan mereka. Ini mencakupi perasaan hiba, suka, duka, sindir, giat, berkasih sayang, pujuk cumbu dan sebagainya.
Tegasnya, pantun boleh diertikan sebagai karangan berangkap atau puisi milik masyarakat Melayu yang terciri dengan kehadiran sampiran atau pembayang dan mempunyai pola rima tertentu, sama ada a b, ab ab, abc abc, abcd abcd, abcde abcde….n. n ialah jenis pantun. Contohnya, jika n ialah jenis pantun 16 kerat, maka pola rimanya ialah abcdefgh abcdefgh. Terdapat 8 baris sampiran dan 8 baris maksud.
Menurut Abdul Halim “R” dalam kertas kerjanya yang bertajuk”Pemantapan Pantun,” terdapat satu lagi keistimewaan pantun yang boleh di ketengahkan ke alam sastera. Keistimewaan yang dimaksudkan itu ialah dalam “Pantun Samarima.” Yakni rimanya sama untuk semua perkataan yang sejajar atau sepasang dengannya.Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. Rujuk Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional, untuk huraian terperinci tentang bentuk pantun Melayu.
Pantun Dua BarisAda ubi ada batas,Ada budi ada balas.Pantun Empat BarisPulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.





Pantun Enam BarisApa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.
[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]Pantun Lapan BarisRumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai.
[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]Pantun Dua Belas BarisAnak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,Hinggap minum ke muara,Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]




Pantun BerkaitAngsana berpucuk di atas batu,Pucuk digangsa beribu-ribuan;Ada bunga di naung batu,Kuntumnya kaca tangkainya embun.Pucuk digangsa beribu-ribuan,Kembang diuca balik beroleh;Kuntumnya kaca tangkainya embun,Dipandang sahaja diambil tak boleh.Kembang diuca balik beroleh,Tambang garam di dalam sekoci;Dipandang sahaja diambil tak boleh,Bertambah geram di dalam hati.[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]


Sejarah Asal Pantun
Keistimewaan bahasa pantun telah menarik minat ramai pengkaji dan telah banyak pendapat dikeluarkan tentangnya. Kata asal pantun dan ertinya telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad, Wilkinson, Winstedt, Van Ophuijsen dan lain-lain lagi. Sesungguhnya pantun mendapat sorotan dan kritikan yang cukup luas daripada kalangan Sarjana Melayu dan Orientalis Barat. Sarjana dan penulis Melayu seperti Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh, Profesor Dr. Md Salleh Yaapar, Tajul Kelantan, Darus Ahmad, Dr. Harun Mat Piah, Zainal Abidin Bakar, Jamilah Haji Ahmad, Samad Ahmad, Zakaria Hitam, Asmad, Gazali Dunia, Yahya Ismail dan puluhan nama lagi turut memartabatkan kembali keistimewaan pantun dalam masyarakat Malaysia mutakhir.
Di samping puluhan nama orientalis dan Sarjana Barat yang tidak jemu-jemu mengkaji dan memasyurkan pantun Melayu termasuklah R.O. Winstedt, H. Overbeck, A.W. Hamilton, M.G. Emies, C.Hooykaas, L. Philip Thomas, R.J. Wilkinson, C. Hugh Holman, Rene Daillie dan sebagainya yang terdapat sama ada di Amerika Syarikat, Great Britaian, Peranchis dan sebagainya turut sama memperkenalkan pantun dalam masyarakat Eropah dan dunia antarabangsa menerusi kajian dan buku-buku karangan mereka.
Sarjana dan penulis berketurunan Cina seperti Goh Then Chye (Loo Mun), Liaw Yock Fang, Phoon Mun Kwong, F.L. Wong dan sebagainya ikut membantu menyebarluaskan kefahaman masyarakat dunia terhadap keunggulan pantun yang sudah diakui sebagai satu-satunya genre kesusasteraan Melayu yang asli, indah dan tidak lapuk ditelan zaman dan sentiasa mengikut rentak perubahan dengan mesejnya yang semasa.
Van Ophusyen mengatakan bahawa pantun adalah seperti ende-ende bahasa Batak. Pendeta Za’ba mengatakan pantun merupakan puisi Melayu tertua yang hampir sama dengan bangsa Melayu sendiri. Wujud perbezaan pendapat antara Za’ba dengan Van Ophusyen. Sesungguhnya kaum Batak hanya satu kaum sahaja daripada bangsa Melayu. Kajian Van Ophusyen sendiri telah memperkukuhkan pendapat Pendeta Za’ba tentang asal pantun.






Rujukan

Ahmad Kamal Abdullah (1989). Unsur-Unsur Islam Dalam Puisi Melayu Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah (1997). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bakar (1983). Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurik-Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2002). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga.(1998).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.


Permata Timur(1998). Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia.

Bentuk Pantun :Pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:977), pantun ialah puisi lama yang bisanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dalam setiap rangkap terdapat dua baris pertama yang merupakan pembayang maksud dan selainnya ialah maksud yang hendak disampaikan.
Pantun mempunyai rangkap-rangkap berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2, 4, 6, sehingga 16. Rangkap yang paling umum ialah yang mempunyai empat baris serangkap.Rangkap yang genap adalah melambangkan keindahan kerana orang Melayu penting sesuatu yang telah di susun rapi, tapi menarik. Pembentukan rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun Melayu iaitu pantun dua kerat (pameo atau pantun kilat), pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan seterusnya hingga pantun enam belas kerat. Terdapat juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait, (Zainal Abidin Bakar, 1991) dan biasanya dalam bentuk empat kerat.
Setiap baris mengandungi kata dasar antara 4-5 patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara lapan hingga dua belas. Yang biasanya ialah lapan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris.
Setiap stanza/rangkap pantun mempunyai dua unit atau kuplet iaitu unit/kuplet pembayang/sampiran (separuh jumlah baris bahagian pertama) dan unit/kuplet maksud (separuh jumlah baris bahagian kedua).
Mempunyai skema rima hujung yng tetap iaitu a-b,a-b dengan sedikit variasi a-a, a-a, a-b, a-a, a-b, b-a dan sebagainya. Tetapi lumrahnya ialah a-b,a-b.
Setiap rangkap pantun merupakan satu keseluruhan, iaitu mengandungi satu fikiran yang bulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut. Walaubagaimanapun terdapat juga pantun yang tidak lengkap jika hanya satu rangkap sahaja seperti pantun berkait.
Pendeta Za’ba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu III mengatakan bahawa pantun ialah karangan berangkap yang menjadi milik bangsa Melayu dan mempunyai semangat Melayu. Pantun merupakan wadah bagi orang Melayu dalam menggambarkan pencapaian kognitif atau fikiran, falsafah, sikap dan perasaan mereka. Ini mencakupi perasaan hiba, suka, duka, sindir, giat, berkasih sayang, pujuk cumbu dan sebagainya.
Tegasnya, pantun boleh diertikan sebagai karangan berangkap atau puisi milik masyarakat Melayu yang terciri dengan kehadiran sampiran atau pembayang dan mempunyai pola rima tertentu, sama ada a b, ab ab, abc abc, abcd abcd, abcde abcde….n. n ialah jenis pantun. Contohnya, jika n ialah jenis pantun 16 kerat, maka pola rimanya ialah abcdefgh abcdefgh. Terdapat 8 baris sampiran dan 8 baris maksud.
Menurut Abdul Halim “R” dalam kertas kerjanya yang bertajuk”Pemantapan Pantun,” terdapat satu lagi keistimewaan pantun yang boleh di ketengahkan ke alam sastera. Keistimewaan yang dimaksudkan itu ialah dalam “Pantun Samarima.” Yakni rimanya sama untuk semua perkataan yang sejajar atau sepasang dengannya.Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. Rujuk Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional, untuk huraian terperinci tentang bentuk pantun Melayu.
Pantun Dua BarisAda ubi ada batas,Ada budi ada balas.Pantun Empat BarisPulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.





Pantun Enam BarisApa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.
[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]Pantun Lapan BarisRumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai.
[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]Pantun Dua Belas BarisAnak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,Hinggap minum ke muara,Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]




Pantun BerkaitAngsana berpucuk di atas batu,Pucuk digangsa beribu-ribuan;Ada bunga di naung batu,Kuntumnya kaca tangkainya embun.Pucuk digangsa beribu-ribuan,Kembang diuca balik beroleh;Kuntumnya kaca tangkainya embun,Dipandang sahaja diambil tak boleh.Kembang diuca balik beroleh,Tambang garam di dalam sekoci;Dipandang sahaja diambil tak boleh,Bertambah geram di dalam hati.[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]


Sejarah Asal Pantun
Keistimewaan bahasa pantun telah menarik minat ramai pengkaji dan telah banyak pendapat dikeluarkan tentangnya. Kata asal pantun dan ertinya telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad, Wilkinson, Winstedt, Van Ophuijsen dan lain-lain lagi. Sesungguhnya pantun mendapat sorotan dan kritikan yang cukup luas daripada kalangan Sarjana Melayu dan Orientalis Barat. Sarjana dan penulis Melayu seperti Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh, Profesor Dr. Md Salleh Yaapar, Tajul Kelantan, Darus Ahmad, Dr. Harun Mat Piah, Zainal Abidin Bakar, Jamilah Haji Ahmad, Samad Ahmad, Zakaria Hitam, Asmad, Gazali Dunia, Yahya Ismail dan puluhan nama lagi turut memartabatkan kembali keistimewaan pantun dalam masyarakat Malaysia mutakhir.
Di samping puluhan nama orientalis dan Sarjana Barat yang tidak jemu-jemu mengkaji dan memasyurkan pantun Melayu termasuklah R.O. Winstedt, H. Overbeck, A.W. Hamilton, M.G. Emies, C.Hooykaas, L. Philip Thomas, R.J. Wilkinson, C. Hugh Holman, Rene Daillie dan sebagainya yang terdapat sama ada di Amerika Syarikat, Great Britaian, Peranchis dan sebagainya turut sama memperkenalkan pantun dalam masyarakat Eropah dan dunia antarabangsa menerusi kajian dan buku-buku karangan mereka.
Sarjana dan penulis berketurunan Cina seperti Goh Then Chye (Loo Mun), Liaw Yock Fang, Phoon Mun Kwong, F.L. Wong dan sebagainya ikut membantu menyebarluaskan kefahaman masyarakat dunia terhadap keunggulan pantun yang sudah diakui sebagai satu-satunya genre kesusasteraan Melayu yang asli, indah dan tidak lapuk ditelan zaman dan sentiasa mengikut rentak perubahan dengan mesejnya yang semasa.
Van Ophusyen mengatakan bahawa pantun adalah seperti ende-ende bahasa Batak. Pendeta Za’ba mengatakan pantun merupakan puisi Melayu tertua yang hampir sama dengan bangsa Melayu sendiri. Wujud perbezaan pendapat antara Za’ba dengan Van Ophusyen. Sesungguhnya kaum Batak hanya satu kaum sahaja daripada bangsa Melayu. Kajian Van Ophusyen sendiri telah memperkukuhkan pendapat Pendeta Za’ba tentang asal pantun.






Rujukan

Ahmad Kamal Abdullah (1989). Unsur-Unsur Islam Dalam Puisi Melayu Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah (1997). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bakar (1983). Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurik-Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2002). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga.(1998).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.


Permata Timur(1998). Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia.

Jumaat, 22 Januari 2010

BAIKI KOMPUTER DI RUMAH

1: Apa yang perlu dilakukan sebelum memasang PC(BAHAGIAN 1)





Konsep pemasangan PC cukup mudah - ambil, cantum dan pasang. Anggaplah semua hardware dalaman PC sebagai bongkah lego.Dan anda hanya perlu menyambungnya mengikut panduan dan warna yang betul untuk membentuk rekaan anda. Begitulah juga halnya dengan memasang PC - dan saya akan membimbing anda dalam 'padanan dan warna bongkah lego' PC ini.
Jika anda sudah mempunyai pengetahuan mengenai device [Istilah Baru: Device, atau peripheral device, perkataan Ingggeris yang membawa maksud device atau hardware yang disambung pada sistem komputer] seperti motherboard, CD-ROM drive, graphics card dan lain-lain, maka ia merupakan suatu kelebihan bagi anda. Bagi mereka yang langsung tidak tahu apa-apa (jika anda tidak faham apa yang saya katakan sebelum ini, maka anda adalah orang dalam kategori ini), anda tidak perlu bimbang. Segala pengenalan device akan diterangkan satu-persatu sepanjang tutorial ini. Anda juga boleh memilih untuk membaca terlebih dahulu mengenai pengenalan device PC dengan mengklik di sini sebelum meneruskan tutorial ini. Tetapi saya tidak menggalakkan anda yang masih baru untuk membacanya lagi. Seeloknya, teruskan tutorial ini dan saya akan menerangkannya secara berperingkat sepanjang tutorial. Setelah selesai tutorial,saya akan mengingatkan anda untuk kembali membaca pengenalan device PC untuk mengukuhkan kemahiran anda.Device PC yang biasa digunakan (dan akan digunakan dalam pemasangan sistem PC sepanjang tutorial ini) ialah:
(NOTA: Penerangan bagi setiap satu device di bawah adalah di dalam tutorial sebentar lagi, senarai bawah adalah suatu pengenalan sahaja bagi anda mengenai bahagian-bahagian asas suatu sistem PC)1. Motherboard2. Mikropemproses (microprocessor/ CPU, singkatan CPU akan digunakan)3. ATX Casing (Juga dikenali sebagai “mini tower” - sesuatu yang selalu disalah faham oleh kebanyakan pengguna sebagai “CPU”) beserta dengan unit bekalan kuasa (Power Supply Unit)4. Kad grafik (graphics card)5. RAM module6. Cakera keras (hard disk)7. Pemacu cakera optik (optical disc drive) seperti DVD-ROM/CD-ROM drive atau DVD+RW/CD+RW drive8. Pemacu cakera liut (floppy disk drive), tempat anda masukkan disket9. Monitor, papan kekunci (keyboard), tetikus(mouse), printer,scanner, pembesar suara (speaker), kabel bekalan kuasa dan tidak lupa juga penyambung plug 3-pin untuk disambungkan ke soket di dinding bangunan atau rumah.
Perhatian : CPU ialah microprocessor (atau mikropemproses dalam Bahasa Melayu), iaitu sebuah cip sebesar 2 kali saiz setem pos, yang dipasang dalam sistem PC. CPU bukannya “Mini Tower Casing” seperti yang selalu disalah faham oleh kebanyakan pengguna PC. Walaupun begitu, terdapat banyak pengeluar PC seperti Compaq, Dell dan sebagainya yang sering mengaitkan sistem pada Minit Tower casing sebagai "CPU" Contoh CPU paling popular ialah Intel Pentium 4. Semua penerangan dalam tutorial ini, dari awal hingga ke akhir, hanya SESUAI untuk mereka yang menggunakan CPU Intel Pentium 4 atau AMD Athlon/Sempron dan ke atas sahaja! CPU lama mungkin mempunyai padanan spesifikasi yang lebih rumit untuk permulaan. Saya akan gunakan Intel Pentium 4 untuk tutorial ini.CPU Intel Pentium 4
Dalam banyak-banyak device di atas, anda perlu ambil lebih perhatian dalam pemilihan device No 2 dan No3, iaitu motherboard dan CPU (RAM module juga sebenarnya penting, tetapi kita tinggalkan ia terlebih dahulu). Ini kerana CPU jenis tertentu hanya boleh dipadankan pada motherboard tertentu sahaja. Anda tidak perlu bimbang, perkara ini sebenarnya amat mudah dan akan dibincang secara terperinci selepas ini.











2: Apa yang perlu dilakukan sebelum memasang PC(BAHAGIAN 2)

Dalam tutorial ini, saya akan menunjukkan cara memasang sistem PC dengan menggunakan (atau berasaskan) CPU Pentium 4 dan motherboard Intel D845PESV (D845PESV merujuk kepada nombor model motherboard ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan jika anda tidak faham apakah maknanya). Motherboard Intel D845PESV merupakan model yang agak lama sehingga tarikh tutorial ini ditulis, tetapi ia sudah cukup sebagai permulaan (Tambahan lagi, motherboard ini sahaja yang saya ada buat masa sekarang). Anda boleh menggunakan motherboard Intel D865PERL atau D875 yang lebih terkini dan mempunyai rekabentuk yang hampir sama sebagai ganti. Saya akan cadangkan spesifikasi yang anda boleh guna selepas ini.
Sebelum mula memegang device PC...Komponen-komponen pada device PC terdiri daripada cip-cip yang sangat sensitif pada cas elektrostatik. Cas-cas elektrostatik sebegini wujud pada diri anda – dan juga tangan yang akan menyetuh device ini. Oleh itu, adalah baik untuk anda mendapatkan pelindung ‘antistatic wrist strap’ dan dipakai semasa memasang device PC. Jika anda tiada ‘antistatic wrist strap’ ini, tidak mengapa. Anda hanya perlu mengambil beberapa langkah keselamatan tambahan (saya sendiri tidak akan menggunakan bantuan antistatic wrist strap sepanjang tutorial ini, begitu juga ketika kali pertama saya memasang sendiri PC suatu ketika dahulu, sehinggalah sekarang!) Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah ‘membuang’ cas-cas di badan anda dengan menyentuh penyahcas ke bumi. Contoh penyahcas yang paling mudah ialah ATX Casing atau mini tower PC itu sendiri. Tekapkan telapak tangan anda pada ATX casing selama beberapa saat dan ...SIAP! Itu sahaja. Langkah keselamatan seterusnya ialah, setiap kali anda ingin memegang device, pegang hanya pada bahagian tepi dan cuba elakkan dari menyentuh cip-cip pada papan device tersebut (saya gunakan perkataan “cuba elakkan” kerana dalam keadaan tertentu, anda pasti akan tersentuhnya jua. Ia mungkin tidak akan merosakkan device tersebut, tetapi ia bukannya suatu yang patut diamalkan dan harus dielakkan seboleh mungkin)








3: PADANAN CPU DAN MOTHERBORD (BAHAGIAN 1)

Perkara yang utama sebelum mula memasang sistem PC ialah pemilihan CPU dan motherboard. Maka saya akan mulakan tutorial dengan pengenalan kepada pemilihan CPU dan motherboard. Seperti yang saya katakan sebelum ini, CPU tertentu hanya dapat dipadankan pada motherboard tertentu sahaja. Jadi bagaimana untuk menentukan bahawa sesuatu CPU itu sesuai untuk dipadankan dengan sesuatu motherboard? Jawapan yang paling mudah untuk soalan ini ialah dengan merujuk pada spesifikasi motherboard itu sendiri. Biasanya di luar kotak sesuatu produk motherboard dipaparkan jenis CPU yang sesuai untuk dipasang. Misalnya motherboard jenama ‘Abit NF7-S’ melabelkan di hadapan kotaknya ‘For AMD Athlon Processor’ dan ‘Abit IC-7’ pula dilabel ‘Supporting Pentium 4 with Hyper Threading Technology’. Sebenarnya banyak faktor dan kriteria yang perlu dipatuhi dalam keserasian CPU dan motherboard yang dipilih.Walau bagaimanapun, saya akan menggariskan beberapa kriteria utama sahaja yang perlu dipatuhi dalam keserasian motherboard dan CPU. Kriteria-kriteria lain akan disentuh kemudian setelah anda faham selok-belok pemasangan PC, yakni pada akhir tutorial ini. (Sebenarnya, pemilihan CPU dan motherboard merupakan perkara yang paling menarik dalam pemasangan sistem PC. Ini kerana pemilihan kedua-dua device penting ini akan menentukan keupayaan (performance) PC anda. Setelah anda mahir, pasti anda berminat untuk meninjau laman web yang hangat membicangkan keupayaan CPU dan motherboard)

Berikut merupakan asas beberapa perkara yang perlu diambil perhatian(NOTA: Tidak mengapa jika anda tidak faham akan 3 perkara di bawah ini, teruskan membaca kerana saya akan terus membantu anda – matlamat anda mengikuti tutorial ini adalah untuk mahir memasang PC, bukannya mahir memilih CPU dan motherboard. Saya sudah sediakan artikel khas di luar tutorial ini untuk anda mahir dalam pemilihan motherboard dan CPU, di mana saya akan mengingatkan anda untuk membacanya di akhir tutorial ini):
PERKARA 1: Paling asas ialah CPU tertentu hanya untuk motherboard tertentu sahaja. Contohnya Pentium 4 (tidak kira berapa jam frekuensinya, sama ada 1.8GHz, 2.4GHz atau sebagainya) untuk motherboard yang menyokong Pentium 4 sahaja. Begitu juga dengan CPU AMD Athlon untuk motherboard yang menyokong AMD Athlon sahaja.
PERKARA 2: Tidak semua CPU dari jenama yang sama disokong oleh satu motherboard yang sama. Ambil contoh Intel Pentium 4, sebenarnya terdapat dua jenis Intel Pentium 4, iaitu Pentium 4 socket-478 dan Pentium 4 LGA775. Pentium 4 soket-478 TIDAK BOLEH dipadankan dengan motherboard yang menyokong Pentium 4 LGA775 dan begitu juga sebaliknya. Ini kerana kedua-dua CPU ini mempunyai soket jenis berlainan.(Perbezaan antara kedua-dua jenis Pentium4 ini boleh diandaikan dengan analogi ‘seperti plug 2-pin dan plug 3pin’) Begitu juga dengan CPU AMD Athlon64 tidak dapat dipasang pada motherboard untuk AMD AthlonXP. Satu lagi tambahan kepada CPU AMD Athlon64 ialah – AMD Athlon64 SC-754 dan AMD Athlon64 SC-939 mempunyai padanan motherboard tersendiri, sama seperti kes Pentium4 socket-478 dan LG775.
PERKARA 3: Dalam kes-kes tertentu, tidak semua CPU dari soket yang sama mampu disokong oleh motherboard yang sama. Seperti contoh, Pentium 4 Socket-478 yang mempunyai L2 Cache 256KB tidak boleh dipadankan dengan motherboard yang hanyak menyokong CPU yang mempunyai L2 Cache 512KB ke atas (contohnya Pentium 4 socket-478 dengan L2 Cache 256KB tidak dapat dipadankan dengan motherboard jenama Abit IC-7, walaupun motherboard ini menyokong Pentium4 socket-478, tetapi, ia hanya menyokong CPU Pentium4 socket-478 dengan L2 Cache 512KB ke atas) [NOTA: 256KB lebih kecil daripada 512KB dan 512KB lebih kecil daripada 1MB dan seterusnya]
Adakah anda faham? JIKA ANDA TIDAK FAHAM AKAN TIGA PERKARA DI ATAS, TIDAK MENGAPA! Saya pun tidak mengharapkan anda yang masih baru belajar untuk memahami penyataan seperti di atas buat masa ini. Ini kerana objektif tutorial ini adalah untuk anda mahir dan siap pasang PC, bukannya pandai memilih CPU dan motherboard yang sesuai. Saya akan menyenaraikan padanan model CPU dan motherboard yang anda boleh gunakan untuk memasang PC sebentar lagi. Apa yang anda perlu simpulkan dari ketiga-tiga perkara di atas ialah – CPU tertentu hanya boleh dipadankan pada motherboard tertentu sahaja. Maklumat-maklumat seperti jenis CPU yang disokong (socket-478,LGA775 dan sebagainya )oleh sesuatu motherboard boleh didapati pada bahagian luar kotak ataupun pada buku manual spesifikasi yang terdapat dalam kotak motherboard itu sendiri. Anda boleh meminta jurujual di kedai komputer untuk mengeluarkan buku manual tersebut dari kotak untuk rujukan sebelum anda membelinya. Maklumat seperti L2 Cache pula boleh didapati pada luar kotak CPU itu sendiri. Baca dan teliti sebelum membeli.





4: Padanan CPU dan Motherboard (BAHAGIAN 2)







Anda pasti tertanya-tanya bagaimana pula dengan kelajuan/ frekuensi CPU? ( frekuensi merujuk kepada ‘bilangan’ Giga hertz pada sesuatu CPU, seperti 1.8GHz, 2.0GHz, 2.4Ghz, 2.8GHz dan 3.0 Ghz) Lupakan pasal jam frekuensi, kerana ia tidak mempengaruhi pemilihan CPU dan motherboard. Perkara ini akan disentuh secara terperinci selepas tamat tutorial ini.
Berikut merupakan antara senarai padanan CPU dan motherboard yang boleh diguna pakai dalam tutorial ini. Anda boleh terus mendapatkannya di kedai tanpa perlu pening kepala memikirkan tiga perkara yang saya sentuh sebentar tadi sebelum membeli.
Antara Jenis CPU , RAM dan model motherboard yang serasiCPU Intel Pentium 4 L2 Cache 533 (mana -mana clock frekuensi) RAM DDR SDRAMINTEL D865PERL / I865PE / 800 FSB / ADP / DDR1 / S / SAGIGABYTE 8PE1000G / I865PE / 800 FSB / AGP / DDR1 / SGIGABYTE 8PE1000G / I865PE / 800 FSB / AGP / DDR1 / S CPU AMD Athlon XP RAM DDR SDRAMGIGABYTE GA-7N400S-L / NF2U / 400 FSB / AGP / DDR1 / ABIT KW7 / VIA KT880 / 400 FSB / AGP / DDR1 / S+L / SATA[NOTA: Anda boleh bertanya pada pekedai untuk lebih banyak padanan yang sesuai]
Untuk tutorial ini saya akan menggunakan CPU Pentium 4 socket-478 dengan L2 Cache 512KB dengan Bus Speed 400MHz(untuk masa sekarang anda boleh lupakan pasal Bus Speed, saya sengaja menyebutnya sekarang kerana selepas tamat tutorial ini, anda boleh didedahkan tentang bagaimana bus speed boleh mempengaruhi RAM module dan menggunakan motherboard Intel D845PESV.
Device lain yang saya akan gunakan (dan anda patut dapatkan untuk menyiapkan satu sistem PC) dalam tutorial ini ialah:- ATX Casing dengan Power Supply Unit berkuasa 400Watt.- Graphic Card (saya gunakan model ATI Radeon 9200SE), - RAM module 256MB NOTA: Pemilihan RAM module juga bergantung pada spesifikasi mainboard.Tetapi kebanyakan motherboard masakini menyokong memory module jenis DDR SDRAM – memory module yang saya akan gunakan. Motherboard terkini juga mampu menyokong memory module jenis DDR2 SDRAM. Maka semak dahulu spesifikasi mainboard anda (di buku manual atau di luar kotak produk) bagi mengetahui memory module yang sesuai untuk digunakan pada mainboard anda. Saya akan sentuh mengenai perkara ini secara terperinci kemudian.- Dua hard disk (sebenarnya satu sudah memadai, tetapi dalam tutorial ini saya menggunakan dua kerana saya ingin menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menambah bilangan hard disk pada sebuah PC)- Dua optical disc drive, iaitu satu DVD-ROM dan satu CD-ROM (sebenarnya salah satu sudah memadai, tetapi sama seperti hard disk tadi, saya ingin menunjukkan cara pemasangan lebih daripada satu optical drive pada satu PC)- Satu Floppy Disk Drive- Expansion Card [Istilah baru: Device yang dipasang pada PC untuk tujuan naik taraf atau upgrade, saya akan sentuh secara terperinci kemudian] iaitu satu modem card dan satu network card di mana saya akan mendemonstrasi kepada anda betapa fleksible dan mudahnya untuk menaik taraf (upgrade) PC anda sendiri di masa akan datang.- Monitor, Speaker PC, keyboard dan mouse.
Sekarang mulai menyahcas tangan anda (jika anda tiada antistatic wrist strap) kerana kita akan mulai memasang!










5: Mulai Pemasangan - ATX Casing





Kita akan mulakan dengan ATX casing. Kebiasaannya sebuah ATX casing mempunyai dua bahagian yang boleh dibuka (bukaan) iaitu di sebelah kiri dan kanan. Ada sebilangan ATX Casing yang lebih murah hanya mempunyai satu bukaan sahaja, iaitu sebelah kiri. Dalam tutorial ini saya gunakan ATX Casing yang mempunyai dua bukaan . Tanggalkan skru yang memegang penutup kedua-dua bukaan ini dan buka penutupnya.Gambarajah langkah demi langkah membuka penutup ATX casing di kedua-dua belah bahagian.
Di dalam ATX casing ini anda akan dapati bahawa terdapat satu power supply unit jenis ATX yang diskru pada penjuru kiri atas beserta wayar-wayarnya seperti dalam rajah. Power supply unit akan disambung pada plug bekalan kuasa di dinding bangunan dan bertindak sebagai pembekal kuasa pada setiap device PC.
NOTA: Terdapat pelbagai jenis Power Supply Unit seperti LPX, ATX, NLX, SFX dan sebagainya. Untuk pemasangan PC masakini, Power Supply 'ATX style' digunakan - dan terdapat tiga jenis power supply ATX - iaitu AT, ATX 1.0 dan ATX 2.0. Untuk pemasangan PC terkini (dan yang akan digunakan dalam tutorial ini) ialah dari jenis ATX Power Supply Unit (atau ATX 12V) dengan sambungan seperti gambar-gambar berikut
Dari kiri: 12V molex connector, 4 pin 12V connector, power connector utama, aux (tidak akan digunakan dalam tutorial ini) dan floppy power connector[NOTA: Anda juga mungkin menemui penyambung seperti SATA dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hanay keempat-empat seperti di atas digunakan dalam tutorial ini. Anda memerlukan 15-pin connector SATA sekiranya anda menggunakan hard disk SATA di mana tidak akan ditunjukkan dalam tutorial ini buat sementara waktu]
Keduudukan Power Supply Unit. Klik untuk imej yang lebih besar.
Selain itu, anda dapat melihat beberapa jalur wayar yang berwarna-warni. Jalur-jalur wayar itu merupakan wayar suis butang POWER (ON/OFF), RESET bagi sebuah PC. Ia akan disambungkan pada motherboard sebentar nanti. Ada sesetengah ATX Casing yang mempunyai port USB di hadapan (lihat rajah).Jika ATX Casing anda ada, maka anda sepatutnya dapat melihat wayarnya bersama-sama wayar POWER dan RESETGambarajah kiri: Wayar-wayar Power, Reset dan sebagainya.Gambarajah kanan: Port USB di hadapan ATX casing.
Satu lagi yang anda akan dapati dalam ATX Casing ialah sebuah beg plastik kecil yang dipenuhi skru-skru yang akan digunakan semasa pemasangan sepanjang tutorial kemudian. Tetapi, sekarang kita akan memasang skru penyokong motherboard.Memasang skru penyokong motherboardKeluarkan skru yang berwarna emas, berbentuk seperti dalam rajah di bawah. Skru ini adalah untuk menyokong motherboard yang akan dipasang sebentar lagi.Gambarajah skru emas yang digunakan.Seterusnya, baringkan ATX Casing anda seperti dalam rajah. Pada ruangan kosong di dalam ATX casing, anda akan dapat melihat lubang-lubang (Dalam sesetengah ATX Casing, ada dilabelkan dengan ATX atau AT). Masukkan skru-skru emas ini pada lubang-lubang ini (Jika ada label, masukkan pada lubang yang berlabel ATX).Gambarajah kiri: Baringkan ATX casingGambarajah tengah: Lubang-lubang pada ATX Casing di mana skru emas dipasang.Gambarajah kanan: Skru emas dipasang.[NOTA: Sekiranya lubang yang ada terlalu banyak, anda mungkin perlu mengeluarkan motherboard dari kotak dan melihat pada padanan lubang yang sesuai pada motherboard dan pada ATX Casing, anda akan faham dengan lebih jelas apa yang saya maksudkan ini melalui keterangan pada muka surat seterusnya.]











init();



6: Memasang Motherboard pada ATX Casing






Kita mula memasang device yang paling penting dalam sebuah sistem PC – iaitu motherboard. Tetapi sebelum mulai memasang motherboard, kita akan memasang penampan Input/Output (I/O shield) terlebih dahulu (sila rujuk rajah), biasanya disertakan sekali dalam pakej motherboard. Jadi buka kotak motherboard dan keluarkan I/O Shield. Gambarajah kiri: I/O Shield dari pakej motherboardGambarajah kanan: Kedudukan di mana I/O Shield dipasang. Klik untuk imej besar.NOTA: I/O shield banyak memainkan peranan dalam memastikan jangka hayat motherboard anda lebih lama. I/O shield menahan transimisi frekuensi radio yang berbahaya, selain memastikan komponen dalaman motherboard terlindung dari habuk dan lain-lain objek berbahaya serta menjamin pengudaraan yang lebih sempurna.
Tanggalkan I/O shield yang disediakan pada ATX casing (anda mungkin memerlukan peralatan seperti playar untuk menanggalkannya), dan gantikannya dengan I/O shield yang didatangkan sekali dalam pakej motherboard anda. I/O shield dipasang dari dalam ATX casing. Pastikan posisi yang menghadap keluar casing dan posisi yang akan berada dalam casing sepeti dalam gambar di bawah. Seterusnya rapatkan I/O shield ke ruang dinding ATX casing dan tekankan sehingga kejap. Rujuk pada gambar panduan di bawah.Gambarajah langkah demi langkah memasang I/O shield. Tekan sehingga rapat pada ATX casing.
Keluarkan motherboard dari kotak serta tanggalkan plastik keselamatan antistatik yang membalutinya. Letakkan motherboard pada posisi seperti yang ditunjukkan pada rajah,ambil perhatian bahagian ports(rujuk rajah) haruslah menghadap ke sebelah kiri ATX casing. Bahagian ports ini seterusnya dipadankan dengan ruang (lubang-lubang) pada I/O Shield dan dirapatkan sehingga kedudukan seperti dalam rajah di bawahGambarajah langkah demi langkah memasang motherboard pada ATX casing.
Pastikan motherboard anda berada di posisi yang betul pada lubang skru supaya skru keselamatan dapat dipasang. Seterusnya, padankan lubang-lubang skru yang terdapat pada motherboard dengan lubang pada skru emas yang dipasang sebentar tadi, pasangkan tujuh skru keselamatan (angka ini mengkin kurang atau lebih, bergantung pada jenis motherboard) agar main board anda berada di kedudukan tetap.Gambarajah sebahagian langkah demi langkah memasang skru pada ATX casing.
Akhir sekali , cari soket Power Connector dari kabel power suply unit yang berbentuk seperti dalam rajah kiri pertama di bawah dan sambungkan pada slot ‘POWER’ yang terdapat di motherboard (lihat gambar). Rujuk buku manual motherboard anda untuk kedudukan tepat slot ‘POWER’ pada motherboard.Gambarajah langkah demi langkah memasang Power Connector.
Cari Power Connnector 12 Volt CPU, juga dari kabel power supply unit yang berbentuk seperti gambar di bawah (atas kiri), dan masukkannya pada soket ‘POWER 12 volt’ seperti dalam gambar (Atas tengah). Juga, rujuk buku manual motherboard anda untuk kedudukan tepat slot ‘POWER 12 volt’ pada motherboard. Pastikan klip pada Power Connector dair Power Supply Unit bertemu dengan klip pada soket power di moterboard (rujuk rajah di atas)Gambarajah langkah demi langkah memasang Power Connector 12

Berita dan Artikel Terkini


Kita mula memasang device yang paling penting dalam sebuah sistem PC – iaitu motherboard. Tetapi sebelum mulai memasang motherboard, kita akan memasang penampan Input/Output (I/O shield) terlebih dahulu (sila rujuk rajah), biasanya disertakan sekali dalam pakej motherboard. Jadi buka kotak motherboard dan keluarkan I/O Shield. Gambarajah kiri: I/O Shield dari pakej motherboardGambarajah kanan: Kedudukan di mana I/O Shield dipasang. Klik untuk imej besar.NOTA: I/O shield banyak memainkan peranan dalam memastikan jangka hayat motherboard anda lebih lama. I/O shield menahan transimisi frekuensi radio yang berbahaya, selain memastikan komponen dalaman motherboard terlindung dari habuk dan lain-lain objek berbahaya serta menjamin pengudaraan yang lebih sempurna.
Tanggalkan I/O shield yang disediakan pada ATX casing (anda mungkin memerlukan peralatan seperti playar untuk menanggalkannya), dan gantikannya dengan I/O shield yang didatangkan sekali dalam pakej motherboard anda. I/O shield dipasang dari dalam ATX casing. Pastikan posisi yang menghadap keluar casing dan posisi yang akan berada dalam casing sepeti dalam gambar di bawah. Seterusnya rapatkan I/O shield ke ruang dinding ATX casing dan tekankan sehingga kejap. Rujuk pada gambar panduan di bawah.Gambarajah langkah demi langkah memasang I/O shield. Tekan sehingga rapat pada ATX casing.
Keluarkan motherboard dari kotak serta tanggalkan plastik keselamatan antistatik yang membalutinya. Letakkan motherboard pada posisi seperti yang ditunjukkan pada rajah,ambil perhatian bahagian ports(rujuk rajah) haruslah menghadap ke sebelah kiri ATX casing. Bahagian ports ini seterusnya dipadankan dengan ruang (lubang-lubang) pada I/O Shield dan dirapatkan sehingga kedudukan seperti dalam rajah di bawahGambarajah langkah demi langkah memasang motherboard pada ATX casing.
Pastikan motherboard anda berada di posisi yang betul pada lubang skru supaya skru keselamatan dapat dipasang. Seterusnya, padankan lubang-lubang skru yang terdapat pada motherboard dengan lubang pada skru emas yang dipasang sebentar tadi, pasangkan tujuh skru keselamatan (angka ini mengkin kurang atau lebih, bergantung pada jenis motherboard) agar main board anda berada di kedudukan tetap.Gambarajah sebahagian langkah demi langkah memasang skru pada ATX casing.
Akhir sekali , cari soket Power Connector dari kabel power suply unit yang berbentuk seperti dalam rajah kiri pertama di bawah dan sambungkan pada slot ‘POWER’ yang terdapat di motherboard (lihat gambar). Rujuk buku manual motherboard anda untuk kedudukan tepat slot ‘POWER’ pada motherboard.Gambarajah langkah demi langkah memasang Power Connector.
Cari Power Connnector 12 Volt CPU, juga dari kabel power supply unit yang berbentuk seperti gambar di bawah (atas kiri), dan masukkannya pada soket ‘POWER 12 volt’ seperti dalam gambar (Atas tengah). Juga, rujuk buku manual motherboard anda untuk kedudukan tepat slot ‘POWER 12 volt’ pada motherboard. Pastikan klip pada Power Connector dair Power Supply Unit bertemu dengan klip pada soket power di moterboard (rujuk rajah di atas)

7: Memasang CPU pada soket di Motherboard





Anda mungkin ingin menyahcas sekali lagi tangan anda sebelum memasang CPU. Maka tekapkan telapak tangan anda pada penutup ATX Casing.
Mulai sekarang anda mungkin memerlukan bantuan rajah pada buku manual (selain pada rajah di dalam tutorial ini) jika anda menggunakan model motherboard yang lain dari apa yang saya gunakan. Ini bagi memudahkan lagi anda mengenalpasti lokasi beberapa bahagian pada motherboard anda. Maka saya cadangkan anda selak buku manual ke muka surat yang menunjukkan rajah panduan motherboard anda. Sekiranya anda benci pada rajah skematik seperti ini, jangan bimbang, gambarajah dalam tutorial ini sepatutnya sudah cukup untuk membantu anda.
Di sini saya akan tunjukkan cara memasang CPU Pentium 4 (cara yang sama juga untuk memasang CPU AMD). Kenalpasti lokasi soket CPU pada motherboard anda, berbentuk segi empat dan bewarna putih. Sila rujuk rajah atau pada buku manual motherboard anda. Alihkan tuil soket ke atas sepenuhnya seperti yang ditujukkan pada gambar.Gambarajah menunjukkan tuil pada soket.Keluarkan CPU dari kotak, dan masukkannya pada soket. Pastikan anda memasukkan CPU pada posisi yang sebenar, ambil perhatian pada tanda segi tiga tembaga pada salah satu bucu CPU. Dengan berpandukan segi tiga tersebut, masukkan CPU ke dalam soket seperti dalam rajah di bawah.Gambarajah kiri dan kanan menunjukkan di mana segitiga emas berada. Klik untuk imej yang lebih besar.
Ketatkan CPU anda dengan mengembalikan tuil pada kedudukan asal.Alihkan tuil kembali pada kedudukan asal.
CPU menghasilkan haba pada suhu yang tinggi apabila beroperasi. Maka sistem penyejuk yang sesuai adalah perlu bagi setiap CPU. Sistem penyejuk standard yang diguna pakai untuk melindungi CPU terdiri daripada sebuah kipas dan sirip penyejuk, yang lebih dikenali sebagai ‘heatsink’. Sebuh heatsink disertakan pada setiap pakej CPU yang dibeli.Gambarajah heatsink CPU Intel Pentium 4.
Keluarkan heatsink dari kotak CPU. Bagi jenama AMD, kebiasannya disertakan sekali dengan sepeket gel yang dipanggil “thermal paste”. Jika thermal paste ada disertakan, maka sapukan sedikit pada bahagian atas CPU sebelum memasang heatsink. Jika tidak disertakan (terutamanya CPU jenama Intel) mungkin ia telah sedia diletakkkan di bahagian bawah heatsink [Nota: Thermal paste juga bertindak sebagai agen penyejukan CPU]
Terdapat sedikit perbezaan dalam memasang heatsink CPU Intel dan AMD.Di dalam tutorial ini saya akan menujukkan cara memasang heatsink untuk Pentium 4. Bagi pengguna CPU AMD, cara pemasangan heatsink sedikit berbeza dan boleh didapati pada panduan yang disediakan bersama-sama pakej tersebut.
Letakkan heatsink dengan berhati-hati di atas soket CPU, pastikan heatsink ada pada posisi yang betul dan sepadan dengan pemegangnnya pada motherboard (lihat rajah). Letakkan heatsink pada soket CPU Kemudian, pasang klip pengcangkuk pada heatsink (Hanya sekiranya ia tertanggal, biasanya klip pencangkuk ini telah siap dipasang pada pakej heatsink).Tetapkan kedudukan heatsink dengan menyambungkan cangkuk keselamatan pada setiap empat bucu heat sink. Pasangkan klip pencangkuk sekiranya ia tertanggal.Gambar kanan: Pasangkan pencangkuk pada setiap empat penjuru heatsink kepada cangkuk di soket CPU.Seterusnya, ketatkan dengan mengalihkan dua klip keselamatan yang terdapat pada bahagian atas heatsink.Alihkan klip keselamatan untuk menetapkan kedudukan heatsink. Akhir sekali, sambungkan wayar kipas heatsink pada 'pin header' yang disediakan berhampiran dengan soket CPU pada motherboard (kedudukan pin ini berbeza-beza mengikut motherboard. Rujuk rajah panduan pada buku manual motherboard anda jika anda menggunakan motherboard lain dari apa yang saya gunakan).Gambarajah langkah demi langkah memasang wayar kipas heatsink pada pin header di motherboard.



















8: Memasang RAM Module pada slot di Motherboard





Sama seperti CPU, RAM module juga mempunyai beberapa kriteria padanan pada motherboard. Tetapi sebagai permulaan untuk tutorial ini, sudah cukup untuk anda menggunakan RAM module mengikut kesesuaian motherboard anda. Untuk itu anda hanya perlu rujuk pada buku panduan, pada muka surat spesifikasi motherboard sama ada menyokong RAM modul jenis SDR, DDR atau DDR2 . Jika ia adalah DDR(kebanyakan motherboard ekonomi masakini menggunakan DDR), maka saya ingin anda dapatkan RAM module seperti berikut: DDR SDRAM PC3200 256MB atau 512MB atau 1GB. (saya akan gunakan memori jenis ini dalam tutorial ini)
Seterusnya kita akan memasang memory module pada sistem PC.
Kenal pasti kedudukan slot RAM pada motherboard anda (slot RAM boleh dikenal pasti seperti rajah di bawah)Gambarajah kedudukan slot RAM pada motherboard
Bergantung kepada motherboard, biasanya terdapat dua hingga empat slot untuk RAM module. RAM module yang saya akan pasang ialah dari jenis yang terkini iaitu DIMM (Double Inline Memory Module). Maka slot untuk memasukkan RAM module ini dikenali sebagai ‘DIMM slot’.
NOTA: Sesetengah motherboard terkini mempunyai lebih dari satu jenis DIMM slot, sebagai contoh dua DIMM slot untuk jenis DDR dan dua DIMM slot untuk jenis DDR2. Jika motherboard anda mempunyai spesifikasi sebegini, maka kenal pasti DIMM slot yang sesuai (TIPS: Cara yang paling mudah untuk situasi sebegini adalah dengan melihat padanan RAM module pada DIMM slot, jika RAM module anda dapat masuk pada sesuatu slot,maka itulah slot yang betul. Motherboard masakini dikatakan motherboard pintar, anda tidak mungkin dapat memasukkan device yang salah pada sesuatu slot, kerana 'kaki' setiap jenis device adalah tidak sama!).
Pada motherboard yang saya gunakan, hanya terdapat dua DIMM slot, ertinya saya hanya dapat menggunakan dua RAM module pada PC ini. Tetapi dalam tutorial ini saya hanya akan menggunakan satu sahaja. Kebiasannya, DIMM slot akan dilabel. Contohnya, pada motherboard ini mempunyai dua DIMM slot, maka DIMM slot pertama dinamakan sebagai DIMM 0 dan yang kedua ialah DIMM 1. Pada hujung kedua-dua belah DIMM slot, terdapat dua 'notch' keselamatan yang boleh ditolak keluar dan ke dalam. Notch ini adalah bagi memastikan RAM Module berada tetap di dalam slot.Gambarajah menunjukkan notch keselamatan yang boleh ditolak keluar dan masuk.
Oleh kerana saya ingin menggunakan hanya satu RAM module, maka saya akan masukkan RAM module ini ke DIMM slot pertama, yakni DIMM 0 . Sila rujuk manual motherboard masing-masing untuk kedudukan slot DIMM. (Jika anda tidak faham dengan pernyataan tadi, masukkan sahaja RAM module ke mana-mana slot DIMM yang ada, walau bagaimanapun ini tidak digalakkan.)
Pastikan kedudukan RAM module anda adalah pada posisi yang betul Ini dapat dipastikan dengan takik (lengkungan lubang pada bahagian bawah RAM module, iaitu di bahagian yang bewarna keemasan) pada RAM module adalah selari serta sepadan dengan takik yang terdapat pada slot DIMM, seperti dalam gambar. Gambarajah menunjukkan padanan RAM pada slot DIMM. Klik untuk imej yang lebih besar.Tolak notch keselamatan ke arah luar dari slot DIMM. Masukkan RAM module ke dalam slot DIMM, tekan sehingga notch merapat masuk secara automatik dan mengunci RAM module pada slot DIMM.Gambarajah langkah demi langkah memasang RAM pada slot DIMM .






















9: Memasang Graphics Card di slot AGP pada Motherboard





Jangan lupa untuk menyahcas tangan anda dari semasa ke semasa.
Sekarang kita akan memasang graphics card – sesuatu kemestian bagi pengalaman permainan komputer 3D yang mantap.
Sedikit Pengenalan: Graphics card didatangkan dalam tiga jenis rekaan pemasangan – di awal era PC, graphics card direka untuk dipasang pada slot PCI di motherboard. Graphics card masakini (sehingga tarikh tutorial ini ditulis) direka untuk dipasang pada slot AGP. Jenis graphics card kedua ini merupakan yang paling popular masakini dan akan dipasang dalam tutorial ini. Graphics card terbaru (lebih berprestasi tinggi berbanding graphic card jenis AGP) dan dijangka akan semakin popular pada masa akan datang dipasang pada slot PCI-e. Kebanyakan motherboard terbaru dan berprestasi tinggi (termasuk harganya) mempunyai sokongan slot PCI-e. Graphics card jenis AGP masih menjadi pilihan masakini atas faktor ekonomi – murah dan prestasinya juga amat memuaskan.
Slot AGP di motherboard juga didatangkan dengan beberapa versi, iaitu AGP 1X, AGP 1.1X, AGP 2X, AGP 4X dan AGP 8X, dan setiap satu versi ini dipadankan kepada graphics card AGP mengikut kesesuaian. Contohnya graphics card dengan binaan antaramuka AGP 2X tidak boleh dipadankan pada slot AGP 4X, tetapi graphics card dengan binaan antaramuka 4X boleh dipadankan ke slot AGP 2X, begitulah seterusnya mengikut peningkatan nilai digit X.. Oleh itu, anda haruslah mengetahui jenis slot AGP pada motherboard anda (rujuk pada buku manual motherboard) dan seterusnya mendapatkan graphics card yang sesuai (sama ada AGP 2X, AGP 4X atau AGP 8X). Motherboard terkini masakini biasanya menyokong graphics card dengan antaramuka 4X dan 8X
Dalam tutorial ini, saya akan gunakan graphics card AGP model ATI Radeon 9200SE (8x). Cara pemasangannya amat mudah. Anda perlu memasangnya pada slot AGP di motherboard , biasanya berwarna coklat, seperti dalam gambarajah bawah. Sila rujuk pada manual motherboard anda untuk kedudukan slot tersebut.Rupa bentuk AGP slot, bewarna coklat di motherboard.
Pernahkah anda bermain dengan konsol permainan Macro Genius atau Nintendo yang menggunakan katrij untuk bermain? Jika pernah, proses memasukkan graphics card AGP (dan device expansion cards yang lain, di mana saya akan sentuh kemudian) adalah sama seperti memasukkan katrij permainan dalam ‘lubang’ (sebenarnya, ‘lubang’ pada konsol permainan ini juga dikenali sebagai slot, sama seperti pada motherboard) yang disediakan. Jika anda tidak pernah bermain dengan konsol permainan ini pun, anda akan dapati cara memasangnya juga amat mudah.
Tanggalkan penutup I/O pada casing terlebih dahulu.Seperti menanggal I/O shiled untuk motherboard, anda mungkin ingin menggunakan bantuan peralatan seperti playar untuk menanggalkannya.Menanggalkan besi I/O pada ATX Casing.Keluarkan graphics card anda dari kotak pakej dan plastik antistatik yang membalutinya. Posisikan AGP card pada slot dalam kedudukan 90 darjah seperti rajah. Masukkan dengan menekan AGP card sepenuhnya ke dalam slot dan ketatkan dengan klip keselamatan sekiranya ada. Gambarajah langkah demi langkah memasang Graphics Card pada AGP slot di motherboard.Akhirnya ketatkan graphic card dengan menskrukannya pada ATX casing, seperti dalam rajah. Penetapan Graphics Card di ATX casing: Skrukan Graphics Card pada ATX Casing.
NOTA: Kebanyakan ATX casing hari mempunyai pelbagai jenis sistem penetapan graphics card, maka penetapan graphic card pada ATX casing mungkin berbeza bergantung kepada ATX casing yang digunakan.



















10: Memasang Hard Disk Drive dan Optical Drive (BAHAGIAN 1)





Sekarang kita akan memasang hard disk drive dan optical drive secara serentak. Mengapa saya mengambil keputusan untuk memasangnya secara serentak? Ini kerana hard disk drive optical drive mempunyai jenis pemasangan (atau lebih tepat penyambungan) pada antaramuka yang sama iaitu IDE.
Apakah itu IDE?IDE merupakan antaramuka (atau mudah kata, cara pemasangan) yang digunakan khas untuk menyambung hard disk dan optical drive ( CD-ROM, DVD-ROM, CD writer dan sebagainya). Ini kerana hanya hard disk dan optical drive sahaja yang mempunyai IDE Connector pada device, dan ia disambung pada motherboard yang juga mempunyai IDE Connector dengan menggunakan kabel IDE (rujuk gambarajah di bawah).Gambarajah Kabel IDE dan soket-soket yang terdapat padanya.Di motherboard, terdapat dua IDE Connector. IDE Connector yang pertama, dinamakan sebagai Primary IDE Connector, atau hanya 'Primary Connector'. IDE Connector kedua dinamakan sebagai 'Secondary IDE Connector', atau hanya 'Secondary Connector'. Pada hard disk dan CD-ROM terdapat hanya satu IDE connector, dan IDE connector pada device ini (hard disk dan CD-ROM) disambungkan sama ada ke Primary Connector atau Secondary Connector di motherboard dengan menggunakan kabel IDE. Anda akan faham konsep ini apabila kita mulai memasang hard disk dan CD-ROM kelak.Reka bentuk IDE Connector pada motherboard.
Terdapat tiga buah soket yang sama bentuk pada kabel IDE (Rujuk gambarajah kabel IDE di atas). Satu soket di pangkal hujung kabel (No 1, jaraknya jauh sedikit berbanding dengan soket bersebelahan) akan disambungkan pada IDE Connector di motherboard dan selebihnya disambungkan pada IDE Connector yang terdapat pada device IDE (device IDE = hard disk dan optical drive). Oleh kerana terdapat dua soket (tidak termasuk soket pangkal No 1 yang disambungkan pada motherboard) , maka hanya dua device IDE dapat disambungkan pada satu kabel. Soket No 1 pula disambungkan ke IDE Connector yang terdapat pada motherboard.
Dengan kata mudah, ada tiga soket IDE pada satu kabel. Satu soket untuk disambung pada motherboard. Baki dua soket adalah masing-masing untuk satu optical drive atau hard disk. Contonhya,Soket 1 = sambung ke motherboardSoket 2 = sambung ke CD-ROMSoket 3 = sambung ke hard disk
Jadi oleh kerana ada dua IDE Connector pada motherboard (primary dan slave), maka anda dapat masukkan maksimum empat device IDE ( 2 device satu kabel x 2 kabel IDE) pada satu sistem komputer. (walaupun sebenarnya anda boleh tambah lebih dari empat, hal ini dibincangkan di luar tutorial ini di artikel berasingan untuk mereka yang telah berkemahiran. Buat permulaan, tetapkan dalam minda anda hanya maksimum empat device IDE pada satu sistem PC)
Teorinya memang nampak macam susah untuk difahami, maka saya akan terus ke praktikal pemasangan...kerana praktikal adalah cara yang paling mudah untuk menerangkan sesuatu teori.
Saya akan menunjukkan beberapa konfigurasi pemasangan device IDE bagi memudahkan anda memahami konsep IDE yang saya bincangkan di atas. Berikut merupakan konfigurasi yang saya akan guna:1. Satu hard disk dan satu optical drive.2. Satu hard disk dan dua optical drive.3. Dua hard disk dan dua optical drive.

11: Memasang Hard Disk Drive dan Optical Drive (BAHAGIAN 2)






Konfigurasi 1: Satu hard disk dan satu optical driveKonfigurasi ini bermakna terdapat satu hard disk dan satu optical drive pada sistem PC. Saya akan gunakan DVD-ROM sebagai optical drive dalam tutorial ini.
Kenalpasti lokasi IDE connector pada motherboard, seperti dalam rajah di bawah (rujuk juga buku manual anda kerana motherboard seperti jenama DFI mempunyai kedudukan slot IDE yang lain dari kebanyakan jenama motherboard di pasaran). Kenalpasti yang mana satu Primary IDE Connector dan Secondary IDE Connector(NOTA: Selepas ini saya hanya akan menggunakan perkataan primary connector untuk merujuk kepada Primary IDE Connector dan secondary connector untuk merujuk kepada Secondary IDE Connector).Reka bentuk IDE Connector pada motherboard.
Untuk memudahkan tutorial saya mahu anda tetapkan peraturan ini. – primary connector hanya untuk penyambungan hard disk dan secondary conector hanya untuk penyambungan optical drive.
Pemasangan Hard DiskKeluarkan hard disk dari kotak pakej. Pada satu bahagian tepi hard disk, anda akan dapati tiga bahagian (rujuk rajah di bawah) . Paling kiri ialah IDE Connector , di mana ia disambungkan pada kabel IDE, slot pin di tengah dipanggil sebagai 'Drive Mode Select Jumpers': (saya lebih selesa dengan nama 'jumper pins'). Paling kanan ialah DC Input, atau Power Connector (di mana ia akan disambungkan ke power supply unit)IDE Connector: Hard disk (dan optical drive ) disambungkan ke motherboard melalui kabel IDE. Kabel IDE ini disambungkan antara IDE Connector pada hard disk (dan juga optical drive) dan IDE Connector pada motherboard. Tak faham? Anda akan ditunjukkan akan sambungan ini sebentar lagi.Drive Mode Select Jumpers: Atau 'jumper pins'. Di bahagian jumper pins ini terdapat sebuah binaan kecil yang boleh ditanggal. Binaan ini disebut sebagai ‘jumper’. Gambarajah menunjukkan jumper yang boleh ditanggal.
Jika anda lihat pada bahagian atas hard disk, anda akan nampak satu keterangan dalam bentuk diagram mengenai ‘jumper setting’ hard disk tersebut. Diagram itu merupakan panduan kepada anda tentang kedudukan ‘jumper’ pada jumper pins, sama ada Master atau Slave. Anda akan diberitahu apa itu Master dan Slave kemudian. Buat sementara waktu, anda hanya perlu tahu bahawa hard disk (dan juga optical drive) boleh ditetapkan sebagai Master atau Slave dengan mengubah jumper yang terdapat padanya.
Keterangan jumper pada bahagian atas sesuatu hard disk.Saya akan menunjukkan contoh untuk menukarkan jumper mengikut diagram yang diberi dengan bantuan ketiga-tiga gambarajah di bawah (Anda mungkin ingin mengklik pada setiap gambarajah di bawah untuk imej yang lebih besar). Katakan diagram yang terdapat pada hard disk saya adalah seperti gambarajah kiri di bawah, maka kedudukan jumper pada Slave adalah seperti gambarajah tengah (Iaitu pasangan pin yang keempat dari kiri) dan bagi Master, tiada pin diperlukan seperti gambarajah kanan.Gambarajah kiri : Diagram pada hard disk, sama ada 'Slave' (paling bawah) atau ' Master' (paling atas). Buat masa sekarang anda boleh lupakan dahulu mengenai 'Master w/slave Present' (di tengah) atau lain-lain seperti Cable Select dsb.Gambarajah tengah: Kedudukan jumper pada tetapan Slave iaitu pasangan pin keempat dari kiriGambarajah kanan: Tiada jumper diperlukan untuk Master, sepertimana dalam panduan di gambarajah kiri.
Power Connector: Atau DC Input (DC merujuk kepada 'Direct Current' iaitu sejenis arus elektirk). Di sinilah bekalan kuasa elektrik yang diperlukan hard disk (dan juga optical drive) untuk berfungsi disalurkan. Ia disambungkan ke Power Supply Unit.Sekarang, untuk mulai memasang hard disk, saya hendak anda tetapkan hard disk anda pada tetapan ‘master’. Merujuk pada diagram panduan di hard disk ini, saya telah menetapkan kedudukan jumper seperti rajah kanan di atas (iaitu tiada jumper).
(PERHATIAN: Sila rujuk pada panduan ‘jumper setting’ yang ada PADA HARD DISK ANDA. Ini kerana setiap hard disk mempunyai ‘jumper setting’nya sendiri. Hard disk anda mungkin mempunyai ‘jumper setting’ yang berlainan dengan apa yang saya gunakan dalam tutorial ini)
Setelah menetapkan kedudukan jumper sebagai master, masukkan hard disk pada ‘hard disk bay’ di ATX casing. Gambarajah langkah demi langkah memasukkan hard disk ke hard disk bay pada ATX casing.Pastikan kedudukan lubang skru pada hard disk selari dengan lubang pada ATX casing, sperti gambarajah kiri di bawah. Kemudia skrukan pada ruang yang disediakan pada kedua-dua belah bukaan ATX casing.Pastikan lubang skru pada hard disk drive dan ATX casing selari sebelum diskrukan.
Keluarkan kabel IDE dari kotak motherboard (Kabel IDE selalunya didatangkan bersama-sama dalam kotak motherboard dan dalam kotak optical device. Anda boleh menggunakan mana-mana kabel IDE). Masukkan soket kabel IDE No 1 seperti rajah di muka sebelum ini (iaitu yang paling jauh jarak antara dua kabel, klik di sini untuk melihat rajah itu kembali ) ke primary connector pada motherboard. Gambarajah langkah demi langkah memasang IDE cable (Soket No 1) pada IDE Connector di motherboard.Kemudian, sambungkan satu lagi soket pada pangkal kabel, iaitu No 3 (bukannya soket di tengah kabel,iaitu no 2!) kepada IDE Connector hard disk yang telah diskrukan tadi.Gambarajah langkah demi langkah memasang IDE cable (Soket No 3) pada IDE Connector di hard disk.
Akhir sekali, ambil mana-mana kabel soket power supply unit yang berbentuk seperti rajah di bawah dan sambungkannya pada power connector hard disk.Gambarajah langkah demi langkah memasang kabel Power Supply Unit pada Power Connector di hard disk.
(PERHATIAN: Pastikan sambungan SEMUA kabel adalah KETAT DAN RAPAT)












12: Memasang Hard Disk Drive dan Optical Drive (BAHAGIAN 3)





(...Sambungan) Konfigurasi 1: Satu hard disk dan satu optical drivePemasangan DVD-ROM Keluarkan DVD-ROM (atau mana-mana optical drive lain yang anda suka) dari kotak pakej. Pada bahagian tepi, anda akan dapat melihat empat bahagian– bahagian paling kiri ialah Audio Line Connector yang terbahagi kepada dua, iaitu digital dan analog, Kedua dari kiri ialah Drive Mode Select Jumpers, yang ketiga ialah IDE Connector dan yang terakhir ialah Power Connector.

Panduan jumper setting bagi kebanyakan optical drive adalah di bahagian atas device, sama seperti hard disk. Anda akan dapat meilhat lebih banyak panduan berbanding hard disk tadi. Tetapi untuk tutorial ini sudah memadai untuk anda ambil perhatian akan Drive Mode Select Jumper sahaja.Drive Mode Select Jumper: Sama seperti hard disk tadi, untuk tutorial ini memadai untuk anda tahu akan tetapan Master (MA) dan Slave(SL) sahaja. Lain-lain seperti Cable Select (CS) dan sebagainya anda boleh lupakan buat sementara waktu kerana ia tidak begitu penting dalam asas pemasangan PC pada tutorial ini. IDE Connector: Sama seperti hard disk tadi, ia merupakan antaramuka sambungan (atau dengan kata mudah 'penyambung') yang menyambungkan hard disk ke motherboard.Power Connector: Juga seperti hard disk, sambungan ke Power Supply Unit.Audio Line:Penyambungan ini tidak penting dan merupakan pilihan. Jika disambung, ia membolehkan optical drive anda memainkan CD Audio secara terus tanpa bantuan perisian seperti Winamp dan Windows Media player. Mulai memasang DVD-ROM, seperti hard disk tadi, rujuk panduan ‘jumper setting’ dan saya hendak anda tetapkan jumper pada master. Tanggal mana-mana penutup hadapan CD-ROM di ATX casing. Kemudian tanggalkan pula besi penghadang di dalam ATX casing seperti gambarajah kanan di bawahGamabarajah kiri: Tanggalkan penutup hadapan ATX casing pada ruang CD-ROM bay yang dipilih.Gambarajah kanan: Tanggalakn besi penghadang di bahagian dalam ATX casing pada CD-ROM bay yang dipilih.Masukkan DVD-ROM melalui bahagian hadapan ATX casing ke dalam. Kemaskan kedudukan DVD-ROM itu dan skrukannya di kedua-dua belah bukaan pada ATX casing. Gambarajah langkah demi langkah memasukkan DVD-ROM ke CD-ROM bay yang telah dipilih tadi. Skrukan DVD-ROM pada ATX casing (gambarajah kanan).
Keluarkan satu lagi kabel IDE. Seperti hard disk, masukkan soket No 1 (Seperti sebelum ini, klik di sini untuk gambarajah panduan) pada pangkal kabel ke secondary connector pada motherboard. Gambarajah langkah demi langkah memasang IDE cable (Soket No 1) pada IDE Connector di motherboard.Kemudian, sambungkan satu lagi soket pada pangkal kabel, iaitu No 3 (bukannya soket di tengah kabel, iaitu No 2!) kepada IDE Connector di DVD-ROM yang telah diskrukan tadi. Pastikan semua sambungan adalah ketat dan rapat. Akhir sekali, ambil mana-mana kabel soket power supply unit dan sambungkannya pada power connector di DVD-ROM.Gambarajah kiri: Memasang IDE cable (Soket No 3) pada IDE Connector di DVD-ROM.Gambarajah kanan: Wayar dari Power Supply Unit disambungan ke Power Connector.
Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk menyambungkan kabel audio pada DVD-ROM ataupun tidak. Gambarajah kabel audio optical drive.Jika anda ingin menyambungnya, keluarkan kabel audio, yang disertakan sekali dalam kotak optical drive. Masukkan mana-mana pangkal pada slot audio di DVD-ROM (kebiasaanya digital), dan satu pangkal lagi pada slot ‘CD IN’ pada motherboard. Rujuk buku manual anda untuk mengetahui kedudukan slot CD-IN pada motherboard.Gambarajah langkah demi langkah audio cable pada motherboard dan pada ruang Audio (digital) di DVD-ROM.
Siap! Jika anda perhatikan semula:- hard disk disambungkan pada Primary Connector pada tetapan master.- DVD-ROM disambungkan pada Secondary Connector pada tetapan master.
Maka konfigurasi sambungan ini adalah :- hard disk merupakan device primary master; dan- DVD-ROM merupakan device secondary master.
Sebelum ini saya ada menyebut bahawa maksima empat device boleh disambung pada antaramuka IDE. Bagaiman saya ingin menyambungnya? Maka saya akan tambah satu lagi optical drive pada sistem PC ini. Dengan mengekalkan pemasangan ini, kita ke pemasangan konfigurasi kedua iaitu satu hard disk dan dua optical drive.










13: Memasang Hard Disk Drive dan Optical Drive (BAHAGIAN 4)






Konfigurasi 2 : Satu hard disk dan dua optical driveDengan mengekalkan konfigurasi pemasangan sebelum ini, maka kita hanya perlu menambah satu lagi optical drive pada antaramuka IDE. Dalam tutorial ini saya memilih untuk memasang CD-ROM (anda boleh memilih mana-mana optical drive yang lain kerana semua mempunyai pemasangan yang sama).
Keluarkan pada kotak, dan dengan panduan ‘jumper setting’, tetapkan jumper pada slave.Tanggal mana-mana penutup hadapan CD-ROM di ATX casing. Masukkan CD-ROM melalui bahagian hadapan ATX casing ke dalam, kemaskan dan skrukan pada ATX casing.Masukkan CD-ROM ke bay yang dipilih dan skrukan.
Masih ingat lagi akan satu soket kosong No 2 yang terletak di tengah-tengah kabel IDE yang disambung pada secondary connector (dan DVD-ROM)? Sambungkan soket kosong itu pada IDE Connector CD-ROM tadi (anda mungkin ingin menanggal terlebih dahulu sambungan pada DVD-ROM tadi untuk memudahkan pemasangan, terpulang kepada anda).Gambarajah langkah demi langkah memasang IDE cable (Soket No 2) pada IDE Connector di CD-ROM.Akhir sekali, ambil mana-mana kabel soket power supply unit dan sambungkannya pada Power Connector di CD-ROM.Wayar dari Power Supply Unit disambungan ke Power Connector.
Siap! Jika anda perhatikan semula:- hard disk disambungkan pada primary connector pada tetapan master.- DVD-ROM disambungkan pada secondary connector pada tetapan master.- CD-ROM disambungkan pada secondary connector pada tetapan slave.
Maka konfigurasi sambungan pada sistem ini sekarang adalah :- hard disk merupakan device primary master; dan- DVD-ROM merupakan device secondary master, dan- CD-ROM merupakan device secondary slave.
Masih ingat mengapa sebelum ini saya melarang anda untuk menyambungkan DVD-ROM (dan juga hard disk) pada soket di tengah kabel IDE? Ini kerana soket tengah kabel adalah khas untuk device pada tetapan secondary. Dalam kes ini, CD-ROM yang ditetapkan sebagai slave disambungkan pada soket tengah kabel IDE.
Bolehkah CD-ROM ini disambungkan sebagai primary slave?Bukan tidak boleh, tetapi untuk permulaan, kembali kepada peraturan yang kita tetapkan sebelum ini – optical drive adalah pada secondary dan hard disk adalah pada primary.
Bolehkah CD-ROM itu ditetapkan sebagai master dan disambungkan pada secondary bersama-sama DVD-ROM ?Tidak boleh. Ini kerana tidak boleh ada dua device pada tetapan yang sama dalam satu sambungan kabel, tidak kira sama ada primary atau secondary. Anda boleh menyebabkan konflik pada sistem sekiranya membuat penetapan yang sama pada satu kabel IDE yang sama. Walau bagaimanapun, anda boleh menetapkan CD-ROM sebagai master dengan syarat DVD-ROM tadi ditukar kepada tetapan slave.





14: Memasang Hard Disk Drive dan Optical Drive (BAHAGIAN 5)





Konfigurasi 3: Dua hard disk dan dua optical deviceJika anda rasa satu hard disk tidak mencukupi, maka anda boleh tambah satu lagi (kebiasaanya anda akan ke kedai untuk upgrade, sekarang anda akan buat sendiri)
Saya teka anda sudah tahu apa yang patut anda lakukan untuk menambah satu lagi hard disk. Ya, jadikan ia sebagai sambungan primary slave.
Keluarkan hard kedua anda. Dengan berpandukan ‘jumper setting’, tetapkan jumper hard disk kedua ini sebagai slave. Masukkannya pada ‘hard disk bay’ yang masih kosong pada ATX casing dan skrukan. Masukkan hard disk kedua pada bay di ATX casing dan skrukan.Sambungkan soket kosong (yang terletak di tengah kabel IDE primary) pada IDE Connector hard disk kedua tadi. (Sekali lagi, anda mungkin ingin menanggal terlebih dahulu sambungan pada hard disk pertama tadi untuk memudahkan pemasangan, terpulang kepada anda). Akhir sekali, ambil mana-mana kabel soket power supply unit dan sambungkannya pada Power Connector di hard disk kedua ini.Gambarajah langkah demi langkah memasang IDE cable (Soket No 2) pada IDE Connector di Hard disk kedua.
Siap! Jika anda perhatikan semula:- hard disk pertama disambungkan pada primary connector pada tetapan master.- hard disk kedua disambungkan pada primary connector pada tetapan slave.- DVD-ROM disambungkan pada secondary connector pada tetapan master.- CD-ROM disambungkan pada secondary connector pada tetapan slave.
Maka konfigurasi sambungan pada sistem ini sekarang adalah :- hard disk pertama merupakan device primary master; dan- hard disk kedua merupakan device primary slave; dan- DVD-ROM merupakan device secondary master, dan- CD-ROM merupakan device secondary slave.
Ini adalah maksimum empat device IDE yang anda boleh pasang pada sesuatu sistem PC.
Bagaimana pula jika saya ingin memasang satu hard disk dan tiga optical drive?Boleh. Walapun pada awalnya saya menyatakan peraturan bahawa primary hanya untuk hard disk dan secondary hanya untuk optical device, tetapi sebenarnya anda boleh masukkan optical device ketiga sebagai primary slave, yakni tempat hard disk kedua tadi. Perkara yang sama juga boleh anda lakukan jika ingin menggunakan tiga hard disk dan satu optical device. Sungguh fleksibel bukan?
Tetapi INGAT! Pada suatu sistem PC, anda wajib meletakkan sekurang-kurangnya satu hard disk dan hard disk ini mesti berada pada tetapan primary master. Dengan kata lain, primary master adalah TETAP untuk hard disk. Ini kerana hard disk pada primary master akan digunakan untuk pemasangan sistem operasi (operating system, OS), contohnya Microsoft Windows XP (di mana saya akan tunjuk cara untuk memasang/install sebentar nanti).









15: Tambah ciri-ciri istimewa pada PC - Kegunaan slot PCI






Secara amnya, PC yang kita telah pasang sehingga sekarang sudah membolehkan anda mendengar muzik, menonton video dan bermain permainan PC (games). Ini kerana motherboard yang dipasang tadi sudah menyediakan ciri-ciri istimewa yang membolehkan anda melakukan aktiviti yang saya sebutkan tadi. Kesemua ciri-ciri ini didatangkan sekali dengan motherboard anda dalam bentuk cip – iaitu cip bunyi, cip paparan dan sebagainya (anda tentu dapat melihat banyak cip-cip di atas motherboard anda, tetapi tidak perlu bimbang, anda tidak perlu tahu apa fungsi setiap cip pada motherboard anda – kecualilah jika anda pelajar kejuruteraan elektronik/komputer!) Ciri-ciri ini dipanggil ciri binaan dalaman (built-in features) pada motherboard

Tetapi bagaimana jika anda ingin menonton TV? Atau ingin menambah keupayaan bunyi PC anda agar setaraf panggung wayang? Atau anda ingin menambah apa-apa lagi ciri istimewa yang tidak di’tawar’kan oleh motherboard anda? (Kebanyakan motherboard terkini sudah mempunyai modem dan network card sebagai built-in features. Tetapi motherboard yang saya gunakan dalam tutorial ini tidak mempunyai built-in features modem dan network, maka saya juga perlu tambah modem dan network card agar dapat meyambung ke rangakaian komputer dan internet). Bagaimana saya dapat tambah ciri-ciri istimewa yang tidak disediakan oleh motherboard ini ke sistem PC saya? Di sinilah slot PCI memainkan peranan pada sistem PC anda - ia menawarkan kebolehan naik taraf (UPGRADE) pada sistem PC anda!
Apakah slot PCI?PCI (Peripheral Component Interconnect) merupakan slot-slot yang terdapat pada motherboard anda, biasanya terdiri daripada dua hingga enam slot, bergantung pada model motherboard, seperti dalam gambar(rujuk buku manual untuk kedudukan tepat slot PCI pada motherboard anda). Slot-slot inilah yang memainkan peranan apabila anda ingin upgrade sistem PC anda. Contohnya, bagi membolehkan anda menonton televisyen di PC, anda beli TV Card dan masukkannya pada slot PCI. Jika anda ingin membeli speaker 5.1 (speaker berkeupayaan tinggi), maka anda memerlukan kad bunyi khas untuk speaker jenis ini. Jadi anda beli Sound Card 5.1 dan masukkan pada slot PCI. Seperti yang saya katakan sebelum ini, motherboard saya tidak mempunyai built-in features modem dan network card, maka saya perlu membeli Modem Card dan Network card dan masukkan pada slot PCI (Saya akan gunakan modem card dan network card untuk tutorial memasang device pada slot PCI sebentar lagi).
TV Card, sound card, ATA card, modem card dan banyak lagi jenis card merupakan satu famili – iaitu dipanggil PCI expansion card (sebab kesemua kad ini dipasang pada slot PCI). Dalam tutorial ini saya akan gunakan modem card dan network card. Cara pemasangan semua PCI expansion card adalah sama – maka cara pemasangan TV Card dan sound card dan lain-lain PCI card adalah sama dengan cara pemasangan modem card dan network card yang saya akan tunjukkan sebentar nanti.Gambarajah slot PCI di motherboard.
















BAB 16: Memasang expansion card pada slot PCI (Modem dan Network Card)





Dalam tutorial ini saya akan gunakan sebuah network card dan sebuah modem card. Kenalpasti kedudukan slot PCI pada motherboard anda. Anda boleh pilih mana-mana PCI slot yang anda suka. Tanggal dahulu penutup lubang ATX casing pada slot PCI pilihan anda.

Gambarajah slot PCI dan I/O pada ATX yang ditanggal.

Keluarkan Network card dan masukkan pada slot PCI tadi (sama seperti anda memasang graphic card di slot AGP). Masuk sehingga rapat dan skrukan pada ATX casing. Masukkan Network Card pada Slot PCILakukan perkara yang sama pada network card dan siap!Masukkan Modem Card pada Slot PCI dan siap!


BAB 17: Memasang Floppy Disk Drive






Seterusnya, kita akan memasang pemacu disket (Floppy Disk Drive).
Keluarkan floppy drive dari bungkusan pakej dan kabel riben floppy 34-pin dari kotak pakej motherboard. Kabel riben floppy mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan kabel IDE, cuma ia lebih kecil, mepunyai dua soket, mempunyai kesan ‘carikan’ pada salah satu pangkal soket dan mempunyai jalur merah sepanjang salah satu hujung tepi kabel.

Jika anda lihat pada bahagian tepi floppy drive, anda akan dapati terdapat dua bahagian. Pada bahagian kiri ialah slot kuasa power supply unit dan di sebelah kanan ialah Floppy Connector untuk sambungan kabel riben floppy ke motherboard.
Tanggalkan pelindung floppy pada ATX casing, dan masukkan floppy drive dari arah luar (sama seperti pemasangan optical device) dan skrukan.
Kenalpasti kedudukan slot Diskette Drive Connector pada motherboard, kebiasaannya terletak bersebelahan dengan IDE Connector. Sila rujuk buku manual motherboard anda untuk mengetahui kedudukan tepat ‘Diskette Drive Connector’ di motherboard anda. Sambungkan soket yang mempunyai kesan ‘carikan’ pada floppy drive. Pastikan hujung jalur warna merah berada pada di sebelah kiri Floppy Connector, seperti dalam rajah.Pasangkan kabel riben floppy pada Floppy Connector. Ambil perhatian bahawa jalur merah HARUS berada pada sebelah kiri Floppy Connector
Sekarang, sambungkan hujung satu lagi kabel ke Diskette Drive Connector yang terdapat di motherboard. Sama seperti sambungan ke floppy drive tadi, pastikan jalur warna merah berada di posisi kiri Diskette Drive Connector.Pasangkan kabel riben floppy pada Floppy Drive Connector di motherboard. Ambil perhatian bahawa jalur merah HARUS berada pada sebelah kiri Floppy Drive Connector.
Akhir sekali, cari kabel power dari power supply unit untuk floppy drive (seperti dalam gambar kiri di bawah) dan masukkannya pada Power Connector yang terdapat di floppy drive.Pasangkan wayar bekalan kuasa floppy (seperti gambarajah kiri) ke Power Connector di Floppy Disk Drive




BAB 18: Meyambungkan Port USB hadapan ATX Casing ke Motherboard






Anda sekarang telah hampir ke peringkat akhir pemasangan sistem PC. Mungkin anda ingin menyahcas tangan anda terlebih dahulu kerana anda mungkin akan tersentuh secara terus (direct contact) pada cip-cip di atas motherboard selepas ini. Kita akan memasang wayar sambungan port USB.
Jika ATX casing anda mempunyai port USB (lihat rajah), maka anda perlu menyambungnya pada motherboard untuk berfungsi. Jika tiada, maka anda perlu meyambung port USB pada bahagian belakang ATX casing anda. Cara sambungan port USB hadapan ATX casing dan belakang adalah sama.Port USB di hadapan ATX casing
Untuk sambungan ini anda memerlukan bantuan buku manual motherboard anda. Anda perlu cari muka surat yang meberikan panduan penyambungan ‘USB Header’. Motherboard yang saya gunakan tidak menyediakan panduan ‘USB header’ pada buku manual, sebaliknya pada pelekat panduan yang disertakan sekali bersama-sama buku manual. Ini bergantung pada model setiap motherboard. Anda sepatutnya mendapat panduan lebih kurang seperti gambarajah tengah di bawah.
Jika anda tidak menjumpainya, anda boleh mengikuti manual saya kerana susunan pin USB header adalah tetap pada semua model motherboard.
Kenalpasti kedudukan pin USB header pada motherboard anda (lihat gambar). Dengan berpandukan pada sistem penomboran yang digunakan pada buku manual (atau seperti rajah di bawah), pastikan anda jelas yang mana satu pin nombor 1 pada motherboard dan seterusnya, dengan mengambil pin tunggal sebagai rujukan posisi.Gambarajah kiri: Kedudukan USB Header pada motherboardGambarajah tengah: Panduan USB Header pada manual motherboardGambarajah kanan: Perbandingan sistem penomboran pada manual dan di atas pin header di motherboard.
Jika anda perhatikan, tiada pin pada nombor 9.(Perhatian: Sistem penomboran mungkin berbeza-beza bagi setiap motherboard, pastikan anda merujuk pada buku manual)
Ambil wayar penyambung USB yang ada pada ATX casing. Terdapat jua jenis wayar sambungan, bergantung pada ATX casing yang dibeli.
Gambarajah kiri: Wayar penyambung USB JENIS SATUGambarajah kanan: Wayar penyambung USB JENIS DUA
Jika wayar penyambung USB anda seperti jenis satu, maka anda ada ‘banyak sedikit’ kerja yang perlu dilakukan. Jika anda mempunyai wayar penyambung jenis kedua, maka hanya satu langkah mudah sahaja perlu dilakukan. Saya akan mulakan dengan penyambungan wayar jenis satu terlebih dahulu.
Jika anda perhatikan, terdapat 8 wayar halus, dilabel sebagai Power(+V), D-, D+, dan ground. (Nota: Power mungkin juga dilabel sebagai (+5V). D+ dan D- mungkin juga dilabel sebgai Data- dan Data+, ground juga mungkin dilabel sebagai GND, bergantung pada ATX casing yang dibeli). Dan setiap wayar Power(+V), D-, D+,dan ground mempunyai label nombor 1 dan 2. Maka jumlahnya semua adalah lapan.
Sambungkan wayar-wayar ini pada pin-pin di USB header megikut urutan ini (dengan menggunakan sistem penomboran seperti gambarajah di atas)
Pin 1: Power (+5V) nombor 1Pin 2: Power (+5V) nombor 2Pin 3: D- nombor 1Pin 4: D- nombor 2Pin 5: D+ nombor 1Pin 6: D+ nombor 2Pin 7: Ground nombor 1Pin 8: Ground nombor 2Pin 9: [Tiada pin di sini]Pin 10: [Sambungan tidak diperlukan pada pin ini. Pin ini dibiarkan kosong]Gambarajah langkah demi langkah penyambungan wayar USB pada USB header di motherboard.ATAS KIRI: Wayar Power(1) disambungkan ke pin No 1ATAS TENGAH: Wayar D-(1) disambungkan ke pin No 3ATAS KANAN: Wayar D+(1) disambungkan ke pin No 5BAWAH KIRI: Wayar GROUND(1) disambungkan ke pin No 7BAWAH KANAN: Ulang langkah tadi untuk set wayar Power (2) ke pin No 2, D-(2) ke pinNo 4, D+(2) ke pin No 6 dan GROUND(2) ke pin No 8. Siap!
Jika wayar penyambung anda adalah dari jenis dua. Maka anda sambungkan secara melintang (seperti rajah) dengan memastikan bahawa bahagian tepi yang mempunyai wayar merah masuk ke pin nombor 1 dan satu lagi wayar, bahagian warna merah ke pin nombor 2 (atau no 1, bergantung pada barisan pilihan anda) seperti rajah di bawah.Sambungan wajar USB jenis dua pada USB header di motherboardJika ATX casing anda tiada front panel USB...Keluarkan USB connector dari kotak motherboard. Tanggalkan mana-mana pentutup di ATX casing (penutup untuk kegunaan PCI expansion card), pastikan ia tidak mengganggu expansion card yang telah dipasang pada slot. Pasang USB connector pada ruang penutup yang ditanggal tadi, dan skrukan. Kemudian sambungkan wayar penyambung ke USB header di motherboard mengikut kaedah penyambungan wayar jenis dua (atau jenis satu, di mana berkaitan).
AKHIR SEKALI: Semak semula semua sambungan anda dan pastikan semuanya betul. Jika salah, sila betulkan kerana kegagalan berbuat demikian BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN SERIUS pada device seperti printer ,scanner, kamera digital dan sebagainya apabila disambung pada sistem PC kelak.



















BAB 19: Meyambungkan suis di ATX Casing ke Motherboard





Nyahcaskan tangan anda. Anda sekarang berada di peringkat akhir pemasangan hardware sistem PC pada ATX casing. Sekarang, tibalah masanya untuk kita menyambungkan suis ON/OFF, Reset dan lampu LED yang terdapat pada ATX casing anda ke motherboard. Sama seperti peyambungan di USB header sebentar tadi, sila rujuk pada manual motherboard anda atau pada rajah yang disertakan di bawah untuk panduan peyambungan.
Kenalpasti kedudukan Front Panel Header, yakni terdiri daripada pin-pin seperti gambar di bawah:
Gambarajah kiri: Kedudukan Front Panel Header di motherboard.Gambarajah kanan: Panduan Front Panel pada manual motherboard.Sambungkan wayar LED (Pwr LED) pada kedukukan seperti rajah di bawah, ambil perhatian akan kedudukan wayar bewarna hijau dan kuning.Wayar Power LED disambungkan ke motherboard. Ambil perhatian warna pada panduan, iaitu G untuk green dan Y untuk yellow. (Dalam tutorial ini, casing yang sayagunakan telah menggantikan warna kuning/yellow dengan warna putih, ini mungkin berlaku bergantung pada jenis ATX casing) Sambungkan mengikut panduan yang diberi.
Langkah yang sama juga diambil pada wayar untuk Power Switch On/Off Wayar Suis Power (ON/OFF) disambungkan ke motherboard.
Ulang pada wayar HD LED,tetapi sila ambil perhatian pada kekutuban, atau tanda postif (+) pada wayar HD LED.Wayar LED Hard Disk Drive disambungkan ke motherboard. Ambil perhatian pada tanda kekutuban (+)
Akhir sekali wayar RESETWayar suis RESET disambungkan ke motherboard.
Sama seperti sambungan panel hadapan USB tadi, satu pin tunggal di hujung dibiarkan tidak bersambung.






BAB 20: Sebelum menghidupkan PC anda...






Syabas! Anda telah selesai memasang komponen dalaman mini tower atau ATX casing anda. TETAPI SEBELUM ITU: Pastikan semua sambungan kabel dan wayar adalah rapat, ketat dan kemas.
Sekarang kita beralih pada bahagian luaran ATX casing, pada bahagian belakang ATX casing:Bahagian belakang ATX casing
Sambungkan kabel tiga pin bewarna hitam pada soket di power supply unit (ambil perhatian pada soket yang patut disambungkan). Sambungkan plug 3-pin pada penyambung plug.Kabel 3-pin untuk disambungkan ke Power Supply Unit dan soket dindingSambungan kabel kuasa 3-pin ke Power Supply Unit
Sambungkan kabel adapter yang terdapat pada monitor (lihat gambar) ke port graphic card yang anda pasang tadi.Kabel signal dari monitor disambungkan ke port video di Graphics Card.
Bergantung pada jenama monitor, ada monitor yang memerlukan bekalan kuasa terus dari dinding, dan ada juga monitor yang mengambil bekalan kuasa dari power supply unit.Jika monitor anda memerlukan bekalan kuasa dari dinding, maka sambungkan plug kabel kuasa ke penyambung plug.
Sekiranya monitor anda memerlukan kuasa dari power supply unit, maka sambungkannya pada power supply unit.Sambungan kabel monitor ke Power Supply Unit
Jika anda menggunakan P/S2 mouse (mouse yang mempunyai kepala wayar seperti gambar di bawah), maka sambungkannya pada P/S2 port di motherboard. Jika anda menggunakan USB mouse, maka sambungkannya pada mana port USB, baik di belakang mahupun di hadapan (saya cadangkan anda sambung ke port USB di belakang, kerana port USB di hadapan lebih sesuai untuk dipasang pada device mudah alih seperti USB Drive). Begitu juga dengan keyboard, sambungkan mengikut jenis port yang sesuai (sama ada P/S2 atau USB)Gambarajah kiri: Bentuk P/S 2 connector untuk mouseGambarajah kanan: Sambungan P/S2 connecotor ke port P/S 2, Hijau untuk mouse dan Ungu untuk Keyboard.
Sambungkan speaker pada port speaker di motherboard (atau di sound card, jika anda memasangnya pada PCI slot). Port speaker adalah yang bewarna hijau, seperti dalam gambar.Sambungkan wayar speaker ke port bunyi pada motherboard atau Sound card (jika anda memasangnya) iaitu di port yang bewarna hijau.
Saya akan meenunjukkan cara memasang printer, scanner dan bebeapa device USB lain seperti kamera digital dan sebagainya selepas kita memasang Microsoft Windows XP
















BAB 21: Menghidupkan PC anda dan beberapa isu teknikal





Sekarang, sambungkan plug 3-pin untuk penyambung plug ke soket dinding. ON kan suis dinding, dan seterusnya tekan butang Power (atau ON) pada mini tower PC anda.
"Saya telah menghidupkan PC saya, tetapi..."
PC anda tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan? Dalam pemasangan PC, walau sehebat manapun seseorang juruteknik (anda sekarang juruteknik pada PC yang anda pasang sendiri), walaupun mereka yang telah berpengalaman, masalah yang timbul selepas pemasangan PC baru adalah perkara biasa. Berikut adalah masalah-masalah yang biasa timbul selepas pemasangan PC baru dan cadangan penyelesaian.
Lampu LED power pada Mini Tower tidak menyala, kipas heatsink CPU tidak berputar dan PC tidak berfungsi,walaupun butang Power ditekan berkali kali.Penyelesaian:-Pastikan semua suis pada penyambung plug dan soket dinding adalah ON- Semak kembali semua sambungan terutamanya sambungan connector power supply unit ke motherboard, pastikan ia rapat dan berklip. Cuba tanggalkan semula kabel itu dan sambungkannya kembali.- Tanggalkan RAM module dari slot DIMM , dan masukkannya semula. Kalau boleh, cuba tukar kedudukan RAM module ke slot DIMM yang lain.- Anda boleh mencuba untuk me’reset’ kembali CMOS motherboard anda. Klik di sni unuk penerangan lengkap bagaimana untuk melakukan CMOS reset.- Kemungkinan ada masalah pada power supply unit yang dibeli. Mengikut pengalaman saya, hal ini selalu terjadi pada power supply unit yang baru dibeli. Pergi semula ke kedai anda membeli power supply unit itu dan minta ditukarkan kepada yang baru.
Lampu LED di Mini Tower menyala, seolah-olah berfungsi, tetapi skrin gelap tanpa apa-apa paparan (dalam keadaan tertentu bunyi ‘toot..toot’ kedengaran dari Mini Tower)Keadaan ini dipanggil sebagai ‘no input signal’. Masalah ini hanya melibbatkan tiga perkaksan sahaja, iaitu RAM module, graphics card dan CPU.Penyelesaiannya:- Pastikan sambungan display adapter monitor rapat pada port di graphics card. Cuba tanggalkan semula kabel itu dan cuba sambung semula.- Tanggalkan kabel display monitor dari graphics card. Kemudian tanggalkan graphics card dari slot AGP. Pasang kembali pada slotnya dan sambung kembali kabel monitor.- Pastikan RAM module anda berada di dalam slot DIMM dengan kemas dan ketat. Jika perlu, tanggal semula kad memori dan masukkan semula ke dalam slot DIMM .
Floppy disk tidak befungsi dan lampu LED kuning pada floppy disk drive menyala statik.Penyelesaian:- Pastikan sambungan kabel riben adalah betul, jalur merah adalah pada sebelah kiri slot pada kedua-dua floppy drive dan ‘Disket Drive Connector’ di motherboard.
Jika tiada apa-apa masalah... pasangkan kembali penutup ATX casing pada kedua-dua belah bahagian bukaan dan skrukan. Saya akan meneruskan tutorial ke bahagian baru, iaitu pemasangan sistem operasi (operating system, OS). Dalam tutorial ini saya akan menunjukkan cara pemasangan Microsoft Windows XP pada PC baru anda.


















BAB 22: Menetapkan boot sequence pada Menu BIOS







[PERHATIAN: Tutorial ini disediakan khas untuk memasang Microsoft Windows XP pada PC baru (dan hard disk baru) yang masih belum mempunyai sistem operasi. Jika anda ingin memasangnya pada PC yang telah mempunyai sistem operasi,yakni PC lama, terdapat beberapa perkara tambahan yang perlu diambil perhatian. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Jika anda mengikut tutorial ini dari awal, maka anda boleh mengabaikan notis PERHATIAN ini.]
PC yang telah siap dipasang tadi masih tidak mempunyai sistem operasi(OS). Maka sekarang tibalah masanya untuk kita memasangnya (install). Untuk tutorial ini, saya memilih untuk memasang OS Microsft Windows XP Professional /Retail. Anda boleh mendapatkan CD-ROM yang menjual OS ini di kedai komputer. Tetapi pastikan anda membeli yang berlabel ‘Bootable CD’ untuk memudahkan tutorial.
Menetapkan optical drive (CD-ROM, DVD-ROM dan sebagainya) sebagai boot device pertamaApabila komputer anda dihidupkan, ia akan dikawal oleh satu sistem yang dinamakan BIOS. Pada mode BIOS, komputer akan melaksanakan suatu arahan POST (Power-On Self Test) di mana ia memeriksa kesemua device yang diperlukan sistem komputer untuk berfungsi. Kemudian ia akan memeriksa device yang boleh melaksanakan boot [Istilah baru: Boot ialah suatu proses untuk melaksanakan sistem operasi(OS), contohnya Windows] satu persatu mengikut senarai yang ditetapkan oleh BIOS (senarai ini dinamakan boot sequence, iaitu aturan device yang boleh melaksanakan boot). Antara contoh device yang boleh melaksanakan boot ialah hard disk (di mana sistem operasi disimpan) dan optical drive. Memandangkan hard disk anda masih baru dan kosong, maka ia tidak mempunyai maklumat boot (lagipun memang hard disk anda tidak mempunyai sistem operasi lagi, maka sudah tentu tiada maklumat boot). Maka anda perlu memasang/install sistem operasi (dalam tutorial ini saya akan menggunakan Windows XP) agar komputer anda dapat melaksanakan boot dan seterusnya dapat memasuki Windows XP. Maka anda akan memasang Windows XP dari CD Windows XP. Kelebihan CD Windows XP ialah - ia mempunyai maklumat boot yang dapat digunakan dalam BIOS. Untuk menggunakan CD WIndows XP, anda perlu masukkan ke dalam optical drive anda. Dan untuk memastikan BIOS memeriksa optical drive anda, maka anda perlu menetapkan optical drive anda dalam senarai boot sequence!Hidupkan PC anda. Sebaik sahaja PC dihidupkan, anda akan melihat satu paparan mesej yang menyuruh anda menekan sesuatu kunci untuk ke menu setup. Mesej ini kebiasannya berbunyi ‘Press DEL to enter setup’, atau mungkin ayat lain yang membawa maksud yang sama, bergantung pada model motherboard yang anda beli. Selain kekunci DEL, antara kekunci lain yang popular ialah F1, F2, F3 dan F2 , ESC dan sebagainya. Tekan kekunci pada keyboard mengikut mesej pada skrin untuk ke menu setup.
Anda akan melihat paparan BIOS setup menu. Setup menu adalah berbeza-beza mengikut motherboard. Maka arahan yang saya berikan mungkin berbeza sedikit kerana perbezaan motherboard yang dipakai. Motherboard Intel D845PESV yang saya gunakan mempunyai setup menu yang amat berbeza sekali berbanding dengan kebanyakan motherboard yang lain. Maka saya akan gunakan setup menu berdasarkan motherboard saya dan juga setup menu berdasarkan motherboard SiS 5580, ini kerana motherboard Sis yang ada pada saya menggunakan BIOS Award Modular yang mempunyai setup menu yang lebih kurang sama dengan kebanyakan motherboard yang ada di pasaran.
1. Di setup menu, gunakan kekunci arrow pada keyboard anda untuk menggerakkan pilihan (mouse tidak berfungsi pada setup menu). Tekan ke bawah dan pilih opsyen “Advanced Chipset Features” (atau lain-lain ayat yang mempunyai makna yang sama).
2. Cari opsyen yang membolehkan anda menukar boot sequence. Antara contoh opsyen yang mungkin dipapar ialah “Boot Sequence” atau “First Boot” dan sebagainya. Kebiasaanya 1st boot ialah Floppy disk Maka tukarkan floppy kepada optical device anda (dalam tutorial tadi, DVD-ROM adalah optical device anda) sebagai 1st boot. Untuk menukar opsyen yang sedia ada, anda mungkin perlu menekan kekunci PageUp/PageDown, + atau -, bergantung pada setup menu. Panduan ringkas kekunci yang sepatutnya digunakan biasanya diberi pada ruangan bawah skrin setup menu.Bagi motherboard Intel D845PESV, tekan kekunci arrow kanan bergerak ke menu Boot. Kemudian gerakkan kekunci arrow ke bawah dan pilih Boot Device Priority dan tekan Enter. Kemudian pada ruangan 1st Boot Device, tekan Enter dan pilih senarai optical drive anda. Jika mengikut tutorial pemasangan hardware sebelum ini, maka anda pilih opsyen SM - , kerana kita telah menetapkan DVD-ROM sebagai Secondary Master sebelum ini, masih ingat? [SM -Secondary Master].Tekan Enter. Kemudia tekan kekunci F10 dan pilih OK. Bagi motherboard SiS 5580 (Atau motherboard lain yang menggunakan Bios Award Modular akan dapat melihat setup menu yang lebih kurang sama]. Pada setup menu, gerakkan kekunci arrow ke bawah dan pilih BIOS Features Setup dan tekan Enter. Gerakkan lagi kekunci arrow ke bawah dan pilih Boot Sequence. Tekan kekunci Page Up sehinga anda dapat optical drive pada opsyen pertama. Contohnya CD-ROM, C, A. Tekan Enter. Kemudian tekan kekunci F10 dan pilih OK.
3. Masukkan CD Microsoft Windows XP dalam optical device yang anda telah tetapkan sebagai 1st boot.. Tekan butang F10. Satu mesej akan dipaparkan “Save changes to CMOS and exit setup?” (atau lain-lain mesej yang membawa makna yang sama). Pilih OK (atau yes) dan komputer anda akan dimulakan semula secara automatik.NOTA: Jika kekunci F10 tidak berfungsi, maka anda harus kembali ke setup menu utama dan cari opsyen “Save and Exit Setup” (atau lain-lain mesej yang membawa makna yang sama).















BAB 23: Memulakan setup Windows XP





Setelah komputer anda dimulakan semula, ambil perhatian pada skrin monitor. Sebaik sahaja mesej ini dipaparkan
Press any key to boot from CD
Anda tekan kekunci ENTER (atau spacebar atau apa-apa huruf A ke Z, nombor 0 hingga 9) DENGAN SERTA-MERTA. Ini kerana mesej ini hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat, iaitu kurang dari 5 saat. Jika anda terlewat menekan kekunci, maka anda perlu memulakan semula/restart PC anda.
Sebaik menekan kekunci ENTER, anda akan melihat paparan biru pada skrin anda dengan beberapa mesej dan arahan di bahagian bawah skrin. Abaikan mesej dan arahan ini.
Seterusnya anda akan melihat tiga opsyen pilihan:1. Set up Windows XP2. Repair a Windows XP installation3. Quit Setup
Tekan ENTER untuk membuat pilihan pertama.
Paparan seterusnya ialah The End User License Agreement, yakni perjanjian antara anda, pengguna dan syarikat Microsft Corp., pembekal OS. Tekan butang F8 untuk bersetuju dengan perjanjian ini dan meneruskan setup pemasangan.
[jika anda mempunyai OS Windows XP dalam hard disk yang anda pasang(mungkin kerana anda menggunakan hard disk yang pernah dipakai), satu paparan akan muncul menunujkkan yang Windows XP telah dipasang. Tekan kekunci ESC untuk meneruskan setup.]
Paparan seterusnya memberikan anda opsyen untuk membuat partition pada hard disk anda.





BAB 24: Membuat partition pada hard disk (BAHAGIAN 1)





Apakah itu partition pada hard disk?Hard disk masakini mempunyai kapasiti storan yang amat besar. Ini menyebabkan banyak fail dan data boleh disimpan. Tetapi menyimpan data pada ruang yang besar menyebabkan organisasi dan penyusunan fail dan data lebih rumit untuk diuruskan. Sama seperti rumah; lagi besar sesuatu rumah maka lagi banyak benda serta perabot untuk disimpan. Tanpa mebahagikan ruang, maka organisasi serta susunan perabot menjadi sukar. Maka kita bahagikan perabot-perabot mengikut bahagian rumah – dapur gas serta meja makan terletak di dapur, katil serta almari pakaian di bilik tidur, tv dan sofa di ruang tamu dan sebagainya. Sebuah hard disk juga boleh ‘dibahagikan’ kepada beberapa bahagian yang lebih kecil, membentuk beberapa hard disk lagi mengikut bilangan pecahan yang kita lakukan. Proses membahagikan hard disk inilah dinamakan sebagai ‘partitioning’, bagi membentuk partition pada hard disk.
Penerangan di atas memberikan idea kepada anda mengenai partition hard disk. Bagi anda yang masih belum tahu bagaimana konsep, kegunaan dan aplikasi partition pada hard disk, saya harap anda dapat membaca artikel ini terlebih dahulu sebelum meneruskan tutorial: Partition pada hard disk. Anda boleh kembali ke tutorial ini pada bila-bila masa selepas selesai membaca artikel tersebut.
Kembali ke tutorial. Oleh kerana saya memasang dua hard disk pada sistem sebelum ini, maka saya akan dipaparkan dengan dua opsyen yang lebih kurang seperti di bawah:
Unpartitoned space [152625 MB]Unpartitoned space [39205 MB]
Ini kerana hard disk pertama yang dpasang tadi (primary master) berkapasiti 160GB dan hard disk kedua (primary slave) berkapasiti 40GB (jika anda ada memasangnya pada tutorial sebelum ini). Kedua-dua hard disk ini masih baru dan belum berformat, maka ditandakan dengan . Nilai di atas berbeza-beza bergantung pada hard disk yang digunakan.
Saya akan membuat empat partititon pada hard disk pertama, iaitu kombinasi saiz 25GB – 25GB – 50 GB- 50GB
Dan hard disk kedua sebanyak dua partition:35GB – 4 GB
[Nota: Mungkin anda perasan, jika anda tambah jumlah kesemua partiton bagi hard disk pertama, jumlahnya hanya 150GB, iaitu kurang 10GB dan bagi hard disk kedua jumlahnya 39GB, bukannya 40 GB sepertimana sepatutnya. Perkara ini berlaku kerana walapun hard disk pertama dibeli pada kapasiti 160GB, tetapi hakikatnya nilai sebenar adalah kurang. Ini dapat dilihat pada saiz yang dipaparkan iaitu 152625MB – iatu lebih kurang 150GB sahaja. Maka sebab itulah saya mengambil keputusan untuk membuat kombinasi saiz berjumlah 150GB. Hal yang sama juga berlaku pada hard disk kedua di mana 39205MB adalah menghampiri 39GB. Tidak mengapa jika anda tidak faham apa yang saya maksudkan di atas.]
Dengan memilih pada Unpartitoned space [152625 MB], tekan kekunci ‘c’ untuk membuat partition baru.
Satu lagi paparan baru akan muncul menanyakan anda berapa kapasiti yang yang perlukan untuk partition ini. Oleh kerana saya ingin membuat partition pertama bersaiz 25GB, maka saya taip nilai
25 000 MB
pada ruang yang disediakan, iaitu 25 dan diikuti dengan tiga digit 0. Begitu mudah bukan? Jika anda ingin jadikan partition pertama sebagai 50 GB, anda hanya perlu taip 50 000 (NOTA: Sebenarnya, nilai sebenar yang perlu ditaip untuk 25GB ialah 25 603.6MB, ini kerana nilai yang ditaip adalah pada unit megabait (MB) bukannya gigabait(GB). Tetapi, saya tidak mahu anda bertambah keliru dengan sistem pertukaran unit matematik 2n ke binary Ks dalam tutorial ini, khasnya untuk mereka yang masih baru ingin belajar. Maka saya mengambil pendekatan mudah seperti di atas, iaitu 25GB = 25 000MB, cuma tambah tiga digit kosong di belakang)
Setelah menaip jumlah yang anda inginkan. Tekan ENTER.Anda akan kembali pada menu utama partition, tetapi kali ini dengan paparan tambahan, lebih kurang begini:
C: [25000 MB]Unpartitoned space [127625 MB]Unpartitoned space [39205 MB]Paparan C: [25000 MB] merujuk kepada partition yang baru anda tetapkan sebentar tadi, dengan kapasiti sebanyak 25 000MB. Pada opsyen Unpartitoned space [127625 MB], nilai 127625 MB menujukkan baki kapasiti yang ada pada hard disk pertama yang belum dibuat (dan boleh dibuat) partition. Pilih semula Unpartitoned space [127625 MB] dan ulangi langkah untuk membuat partition, iaitu tekan C dan masukkan jumlah kapasiti dan tekan ENTER. Setelah siap kombinasi untuk hard disk pertama , iaitu 25GB – 25GB – 50 GB- 50GB (Ingat! Anda bebas untuk membuat kombinasi anda sendiri), paparan menu partition adalah seperti lebih kurang berikut:
C: [25000 MB]D: [25000 MB]E: [50000 MB]F: [52625 MB]
Unpartitoned space [39205 MB]
Ulangi langkah untuk membuat partition pada hard disk kedua (jika anda ada memasangnya pada tutorial sebelum ini). Dengan kombinasi contoh pilihan saya 35GB – 4GB (Ingat! Anda bebas untuk membuat kombinasi anda sendiri), maka paparan menu partition adalah seperti lebih kurang begini:
C: [25000 MB]D: [25000 MB]E: [50000 MB]F: [52625 MB]
G: [35000 MB]H: [4205 MB]









BAB 25: Membuat partition pada hard disk (BAHAGIAN 2)





Meneruskan tutorial, sekarang kita akan pilih partition yang akan diformat dan dipasang Windows XP. Pilih parttition C: [25000 MB] dan tekan Enter. Opsyen berikut akan dipaparkan:
Format the partition by using the NTFS file system (Quick) Format the partition by using the FAT file system (Quick) Format the partition by using the NTFS file system Format the partition by using the FAT file system
Pilih opsyen “Format the partition by using the NTFS file system”.Anda mungkin tertanya-tanya kenapa tidak dipilih opsyen “Format the partition by using the NTFS file system (Quick)”. Opsyen ini memang menawarkan format partition pada kadar yang pantas, tetapi ia hanya digunakan jika hard disk ini pernah diformat sebelum ini. Memandangkan kita menggunakan hard disk baru, maka kita harus memilih opsyen yang lebih lambat.NOTA: Untuk mengetahui perbezaan antara FAT dan NTFS, klik di sini. Untuk pemasangan dalam tutorial ini, saya amat menggalakkan anda memilih opsyen NTFS.
Akhir sekali, komputer akan mula memformat partitition c: yang anda pilih tadi. Kemudian setup akan menyalin kesemua fail-fail yang diperlukan untuk memasang Windows XP dan komputer anda akan dihidupkan (restart) semula.
Tetapi... pemasangan Windows XP anda bukan sahaja masih belum selesai....malah anda baru berada di peringkat pertama setup. Selepas komputer dihidupkan semula, anda akan memasuki setup menu kedua. Di sinilah anda akan mula melengkapkan pemasangan (install) Windows XP dengan menu yang lebih mudah – sama mudah seperti anda memasang (install) games kegemaran anda dari CD-ROM.






BAB 26: Setup Windows XP





Sebaik sahaja komputer anda dimulakan, sekali lagi apabila nampak arahan mesej untuk ke Setup: ‘Press DEL to enter setup’(atau mungkin ayat lain yang membawa maksud yang sama, bergantung pada model motherboard yang anda beli).

Tekan kekunci DEL (atau lain-lain yang berkaitan) dan masuk semula ke setup menu. Tentu anda masih ingat bagaimana anda menetapkan optical device anda sebagai 1st boot device. Sekarang, anda tukar kembali 1st boot device kepada Floppy, 2nd Boot Device kepada hard disk dan 3rd boot device sebagai optical device.(NOTA: Anda boleh juga menetapkan 1st boot device kepada hard disk dan 2nd boot device kepada floppy, tetapi saya tidak menggalakkannya terutamanya bagi mereka yang masih baru dan tidak biasa dengan PC).
Pastikan tiada disket di dalam floppy drive anda, tekan butang F10 dan pilih OK (atau Yes) dan komputer anda akan dihidupkan semula.
Sebaik sahaja komputer anda dihidupkan semula, tunggu sebentar dan anda akan terus dibawa ke setup menu untuk pemasangan Windows XP seperti gambar di bawah.(Mulai sekarang anda sudah boleh menggunakan mouse).
Pertama sekali anda akan diberi opsyen Regional and Language Options, di sini anda mungkin ingin menukar bahasa,atau menukar negara dari USA ke Malaysia dan sebagainya. Jika anda tidak ingin menukar apa-apa (sebarang perubahan yang anda lakukan tidak akan mengganggu tutorial), teruskan dengan mengklik pada NEXT.(NOTA: Anda juga boleh mengubah opsyen ini kemudian, pada Control Panel selepas Windows XP selesai dipasang).
Seterusnya ialah opsyen Personalize Your software. Taipkan nama anda dan organisasi anda jika ada. (NOTA: Untuk pengguna biasa di rumah, anda boleh taip “Personal” pada ruang organisation, atau anda boleh taip apa-apa sahaja yang anda suka!)
Kemudian, taipkan product key (Atau CD-KEY), iaitu kombinasi 25 perkataan dan nombor yang anda boleh dapati pada kotak CD Windows XP yang anda beli.
Pada ruangan Computer Name and Administrator password, taipkan nama komputer anda (sekali lagi, anda boleh beri apa-apa nama pada komputer anda, mengikut kesukaan anda! Tetapi, jika anda ingin membuat sambungan network di pejabat,anda mungkin harus menggunakan nama yang diberi oleh Network Administrator anda). Pastikan kekunci CAPS LOCK pada keyboard anda TIDAK AKTIF (rujuk pada lampu LED di keyboard), taipkan password (anda boleh taip apa-apa password yang anda suka) yang anda ingin gunakan pada komputer anda. Kemudia taip sekali lagi pada satu lagi ruang untuk mengesahkannya. Jika anda tidak mahu menggunakan password, terus tekan butang NEXT tanpa mengisi apa-apa pada ruang password. (PERHATIAN: Password Windows XP adalah ‘case sensitive’. Maknanya, password Ayam tidak sama dengan AYAM, juga tidak sama dengan ayam, juga tidak sama dengan aYaM. Anda harus INGAT password administrator anda!)
Pada ruangan Date and Time Settings, tukar masa dan tarikh pada waktu sepatutnya.
Pada ruang networking setting (jika ada), pilih Typical Settings (kecuali jika anda tahu untuk megubah konfigurasinya, pilih Custom settings).
Akhir sekali, anda boleh berehat seketika kerana Windows XP mulai dipasang pada PC anda. Pada bahagian kanan skrin dipaparkan anggaran masa sebelum proses pemasangan selesai. Anda akan dapat melihat beberapa paparan yang menerangkan kelebihan produk Windows XP sementara proses pemasangan tamat ke 100%. Komputer anda akan dihidupkan semula dan anda bersedia untuk memasuki Windows XP buat pertama kali pada PC yang anda pasang sendiri!











BAB 27: Memulakan Windows XP buat kali pertama





Sebaik sahaja komputer anda dihidupkan, tunggu seketika dan anda akan melihat paparan logo Microsoft Windows XP. Beberapa ketika kemudian, Windows XP akan mengkonfigurasikan komputer anda untuk paparan yang sesuai, dan akan muncul pula paparan ‘Dialog Box” yang menanyakan anda sama ada anda dapat melihat paparan pada monitor dengan baik atau tidak. Pilih Yes dan anda akan dibawa ke satu menu yang mengucapkan selamat datang danterima kasih kerana menggunakan Windows XP.
Pada kotak Your Name, taipkan apa-apa nama yang anda suka. Anda juga boleh menambah nama-nama lain pada kotak-kotak yang disediakan. Tetapi buat masa ini, hanya isi pada kotak pertama dan anda boleh menambah nama-nama lain kemudian pada Control Panel. Klik Next dan Finish.
Setiap Windows XP original perlu diaktifkan. Selepas ini akan muncul paparan meminta anda untuk mengaktifkan Windows XP anda. Maka sambungkan talian telefon pada modem atau ADSL (untuk pengguna broadband) dan anda akan disambungkan ke microsoft melalui internet untuk pengesahan produk original. (Sepatutnya modem anda telah disetup secara automatik semasa pemasangan Windows XP, jika anda tidak dapat mengakses ke internet kerana masalah modem, sila langkah prosedur ini dan aktifkan produk anda kemudian – selepas tutorial berikutnya di mana kita akan memasang/install semua device yang disambung sebelum ini pada PC ke Windows XP). Jika anda pilih untuk tidak mengaktifkannya sekarang, anda boleh mengaktifkannya kemudian dalam tempoh tiga puluh hari.
Anda juga mungkin akan disuruh untuk mendaftar (register) produk Windows XP yang anda baru pasang sebentar tadi. Terpulang pada anda sama ada untuk mendaftar ataupun tidak,ini adalah pilihan anda.
Keluarkan CD Windows XP dari optical drive. Seterusnya, kita akan membuat beberapa perkara sebelum Windows XP anda dapat digunakan seperti biasa.



BAB 28: Memformat baki partition pada hard disk






Tentu anda ingat akan partition-partition yang dibuat sebelum ini. Hanya satu partition sahaja yang telah diformat, iaitu partition c: di mana anda memasang Windows XP. Sekarang kita akan memformat kesemua partition selebihnya. ‘Double- click’ pada ikon My Computer di desktop (atau anda boleh klik sekali pada ikon My Computer dan tekan Enter), atau jika tiada ikon My Computer di desktop anda, pilih Start > My Computer.

Pada tetingkap My Computer, klik butang kanan mouse pada ikon Local Disk (D) dan pilih Format. And anda dapat melihat paparan seperti gambar di bawah:
Pada ruangan “File System”, pilih sama ada FAT32 atau NTFS (saya cadangkan NTFS). Pada ruang Volume Label, taipkan nama yang anda ingin beri pada partition ini(Anda boleh menaip apa-apa nama yang anda suka). Misalnya, saya bercadang untuk menyimpan dokumen-dokumen pada partition ini, maka saya namakan sebagai Documents/Archives. Biarkan kotak “Quick Format” dan “Enable Compression” tidak bertanda, dan klik pada butang START. Proses memformat akan bermula. Setelah selesai, klik pada butang CLOSE.Anda dapat melihat bahawa perkataan ‘Local Disk(D)’ menjadi ‘Documents/Archives(D)’.Anda boleh menukar nama partition ini pada bila-bila masa dengan mengklik butang kanan mouse pada ikon ‘Documents/Archives(D)’ dan memilih ‘Rename”. Satu lagi cara mudah untuk menamakan semula partition (dan semua nama fail dalam Windows XP) ialah dengan mengklik sekali pada ikon ‘Documents/Archives(D)’, setelah dua saat, klik sekali lagi pada ikon tersebut. Taip nama baru dan tekan Enter.
Teruskan memformat semua partition yang tinggal, (KECUALI C:, kerana ia telah diformat)











.

BAB 29: Memasang/Install semua hardware driver ke Windows XP






Kesemua hardware device yang anda pasang sebelum ini perlu 'dipasang' sekali lagi, tetapi kali ini pada Windows.Windows tidak akan mengenali device yang anda pasang sebelum ini selagi anda tidak memasang (atau install) driver software. Driver software merupakan suatu perisian yang bertindak sebagai medium yang mengubungkan device dan Windows. Tiada driver software maka Windows dan device saling 'tidak mengenali' antara satu sama lain, maka driver yng anda pasang tidak dapat berfungsi pada Windows. Selain driver software, anda juga perlu memasang/install utilities software, di mana ia bertindak memberi ciri-ciri istimewa tambahan pada device untuk berfungsi pada Windows. [NOTA: Walaupun sistem operasi Windows XP dapat memasang driver software secara automatik, namun anda masih perlu untuk memasang/install driver software yang disertakan sekali bersama-sama pakej device yang dibeli].
Keluarkan kesemua CD-ROM yang disertakan bersama-sama dalam kotak motherboard. Cari CD yang berlabel Utiliti (atau lain-lain yang berkaitan). Masukkan CD ini ke dalam optical device, dan install kesemua software berkaitan (sila rujuk manual motherboard anda mengenai software yang berkaitan) Software berkaitan biasanya ialah Chipset driver, sound card driver, display driver dan sebagainya .
Setelah selesai komputer anda mungkin akan dimulakan semula (mungkin proses ini akan berulang-ulang kali, bergantung pada cara pemasangan oleh CD yang disertakan bersama motherboard tadi). Setelah selesai proses install, keluarkan CD tadi. Masukkan pula CD pakej graphics card anda dan install software yang diperlukan dari CD itu.(NOTA: setiap device yang dipasang pada tutorial sebelum ini, sepatutnya didatangkan sekali dengan CD atau disket pemasangan. Dalam kandungan CD ini mempunyai Utilities software yang diperlukan agar Windows XP dapat ‘mengenali’ segala device yang dipasang). Komputer anda mungkin akan dihidupkan semula. Selepas kembali pada Windows, teruskan proses pemasangan semua device melalui CD yang disediakan. Device yang biasanya tidak memerlukan CD pemasangan ialah semua optical drive dan hard disk, CPU, serta RAM module.
Setelah selesai memasang kesemua perisian untuk hardware, sekarang tibalah masanya untuk memasang printer dan scanner.


BAB 30: Memasang printer, scanner dan lain-lain hardware USB






Memasang printer dan scanner.Keluarkan printer dari kotak pakej. Sambungkan kabel bekalan kuasa dan sambungkannya pada printer dan soket penyambung. (Untuk penyambungan seterusnya, anda mungkin ingin merujuk kepada manual panduan yang disertakan sekali bersama pakej printer anda).
Jika printer anda menggunakan jenis sambungan USB, maka sambungkan printer ke PC menggunakan kabel USB yang diberi.
Jika printer anda menggunakan jenis sambungan LPT, maka sambungkannya pada LPT port di motherboard.
Hidupkan printer anda, anda mungkin dapat melihat paparan mesej ‘Found New hardware’ pada penjuru kiri skrin anda. Bergantung kepada keadaan, kadangkala Windows dapat memasangnya secara automatik. Jika windows dapat memasangnya, beberapa ketika kemudian mesej itu akan berganti dengan mesej baru iaitu “Your new hardware is installed and ready to use”. Jika muncul ‘dialog box’ mengarahkan anda menetukan lokasi ‘printer driver’, maka pilih cancel.Masukkan CD Utiliti yang disertakan bersama-sama printer dan install software utiliti yang diperlukan sepertimana anda lakukan semasa memasang hardware lain tadi. Anda mungkin perlu menghidupkan semula komputer anda.
Memasang scanner.Jika anda mempunyai scanner, proses memasangnya adalah sama seperti memasang printer tadi. Ulangi langkah yang sama seperti anda memasang printer. Cuma anda mungkin perlu ‘unlock’ scanner anda (Scanner selalunya dikunci bagi tujuan keselamatan agar tidak rosak semasa dalam kotak pakej). Oleh kerana kedudukan kuncinya yang tidak tetap dan bergantung pada jenama scanner, maka rujuk manual panduan yang disertakan bersama-sama scanner untuk panduan selanjutnya.
Sekiranya scanner dan printer anda disambungkan kepada LPT, maka masalah timbul kerana hanya ada satu LPT port pada motherboard. Kebiasannya scanner sebegini mempunyai kelebihan sambungan ke LPT secara sesiri ke printer. Klik di sini jika anda ingin memasang printer dan scanner pada satu LPT port serentak
Memasang lain-lain hardware...Proses yang sama juga dilakukan sekiranya anda ingin memasang mana-mana hardware USB lain seperti USB Removable Drive, kamera digital dan sebagainya.
























BAB 31: Memastikan semua hardware telah dipasang...





Add hardware wizardBagi memastikan kesemua hardware anda telah dipasang dengan sempurna, klik Start > Control Panel. Pilih opsyen ‘Add Hardware’.

Satu dialog box “Welcome to the Add Hardware Wizard” akan dipaparkan. Klik Next.
Seterusnya, Window akan cuba mengesan sama ada terdapat hardware yang masih belum dipasang.
Jika ada, satu senarai hardware yang dikenalpasti belum dipasang akan dipaparkan. Kenalpasti hardware mana yang masih belum dipasang pada senarai yang diberikan dan tekan butang Cancel. Keluarkan CD berkaitan hardware yang belum dipasang dan install.
Jika tiada, muncul satu paparan seperti berikut:

Klik pada bulatan untuk option ‘Yes, I have already connected the Harware’ dan tekan Next
Seterusnya pada senarai ‘Installed Hardware’, cari opsyen paling bawah sekali iaitu ‘Add a new hardware device’, dan tekan Next.
Seterusnya, pilih “Search for and install the hardware manually (Recommended)” dan tekan Next.
Paparan seterusnya menujukkan windows sedang mencari mana-mana hardware yang masih belum dipasang pada windows. Jika paparan sebegini muncul:
maka kesemua hardware telah dipasang. Anda boleh menekan butang Cancel dan kembali ke Windows.
Jika ada, satu senarai hardware yang dikenalpasti belum dipasang akan dipaparkan. Kenalpasti hardware mana yang masih belum dipasang pada senarai yang diberikan dan tekan butang Cancel. Keluarkan CD berkaitan hardware yang belum dipasang dan install.
Device ManagerSatu lagi cara untuk memastikan bahawa kesemua hardware anda telah dipasang pada Windows Xp ialah daripada menu Device Manager
Klik Start > Conntol Panel. Pada tetingkap Control Panel, pilih System. Kemudian pilih tab Hardware.
Klik pada butang device manager. Paparan seperti di bawah akan muncul:
Sekiranya anda dapati tiada logo soal bewarna kuning pada mana-mana hardware dari senarai, maka anda telah berjaya memasang kesemua hardware pada windows anda. Jika ada, kenalpasti hardware tersebut dan install driver software yang disertakan sekali bersama-sama pakej.

BAB 32: Menkonfigurasi sambungan ke Internet





Seterusnya anda akan mengkonfigurasikn sambungan internet anda. Konfigurasi internet adalah bergantung pada jenis sambungan yang anda inginkan – sama ada dial-up(modem), jalur lebar/broadband (modem ADSL), ataupun wayarles/Wi-Fi (Wireless card).
Klik pada Start > Control Panel. Pilih Network Connection. Pada ruangan ‘network tasks’ pada kolum kiri tetingkap ‘Network Connection’ , pilih ‘Create a new connecton’. Satu paparan ‘New Connection Wizard’ akan muncul. Klik Next.
Seterusnya, pilih opsyen “Connect to the internet” dan tekan next. Selepas itu pilih opsyen “Set up my connection manually” dan tekan Next.
Bagi sambungan ‘dial-up’ menggunakan modem, contohnya TMnet atau jaring, pilih opsyen “Connect using a dial-up mode”. Jika anda menggunakan sambungan broadband seperti streamyx, pilih “Connect using a broadband connection that is always on”. Memandangkan setiap penyambungan mempunyai langkah-langkah berbeza, anda boleh merujuk panduan teknikal atau meminta perkhidmatan servis yang disediakan oleh pembekal talian. Untuk tutorial ini saya akan menujukkan cara penyambungan ‘dial-up’ ke perkhidmatan TMnet menggunakan modem.
Sambungan ke talian ‘dial-up’ TMnet.Pilih opsyen “Connect using a dial-up mode” dan tekan Next. Pada ruang “ISP Name:” taipkan nama perkhidmatan, iaitu TMnet (atau apa-apa sahaja yang anda suka. Tetapi, jika anda mempunyai banyak sambungan ke internet, saya cadangkan gunakan nama yang mudah anda fahami agar tidak terkeliru kemudian). Tekan Next.
Seterusnya pada ruangan “Phone Number”, taipkan 1515 (atau nombor lain yang dibekalkan oleh pembekal anda) seperti dalam gambar di bawah. Tekan Next.
Seterusnya adalah ruangan “Internet account infomation” Isikan nama(User name) dan kata laluan( password) pada ruang yang disediakan. Juga jangan lupa untuk menaip semula password untuk mengesahkannya. (Maklumat nama dan kata laluan boleh didapati oleh pembekal perkhidmatan internet. Jika anda tidak mempunyai maklumat ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum mendapatkannya. Daftar akaun internet di mana-mana kedai TM Net atau jaring).
Tanda ‘check’ pada kotak opsyen “Use this account name and password when anyone connects to the internet from this computer” jika anda ingin membenarkan sesiapa sahaja yang menggunakan komputer ini untuk ke internet dengan maklumat akaun yang anda masukkan sebentar tadi.
Tanda ‘check’ pada kotak opsyen “Make this the default internet connection” jika anda ingin menjadikan akaun ini sebagai sambungan utama di komputer ini.
[NOTA: Untuk langkah keselamatan, saya mencadangkan agar anda hanya memasukkan ‘User Name’ sahaja, dan membiarkan kedua-dua ruang password kosong serta memadamkan tanda ‘check’ pada opsyen “Use this account name and password when anyone connects to the internet from this computer”. Dengan membuat demikian, anda perlu menaip passoword setiap kali ingin menyambung ke internet. Password yang menjadi rahsia ini boleh menghalang sesiapa sahaja ke internet melalui akaun ini kecuali anda.]
Tekan Next, dan akhirnya tekan butang Finish.
Sambungkan modem ke talian telefon. Lancarkan Internet Explorer (Start >All Programs > Internet Explorer). Pada kotak ‘Connect to the Internet’ taipkan nama (jika tiada) dan password. Tekan butang connect. Anda sepatutnya dapat menyambung ke talian internet.
Sekiranya tidak boleh, cuba menyambungnya kembali untuk beberapa kali. Jika masih gagal. Terdapat empat kemungkinan:
Kemungkinan 1: Anda tersalah taip User Name atau passwordPenyelesaian: Padam dan taip semula User Name dan password dan cuba sekali lagi. Semak juga kabel ke talian telefon dari modem adalah rapat dan bersambung.
Kemungkinan 2: Talian pada waktu itu sibuk.Penyelesaiannya: Anda boleh mencuba untuk menyambung ke internet pada lain waktu kerana talian pada waktu itu sibuk.
Kemungkinan 3: Pembekal perkhidmatan internet anda (dalam kes ini TM Net) sedang menghadapi masalah teknikal pada waktu itu dan anda tidak akan dapat menyambung ke internet hinggalah masalah tersebut diselesaikan. Penyelesaian: Hubungi pembekal perkhidmatan internet untuk melaporkan perkara ini (saya lebih suka tunggu hingga beberapa ketika danmencubanya sekali lagi)
Kemungkinan 4: Anda mungkin melakukan kesilapan semasa setup sambungan ke internet.Penyelesaian: Semak semula setup sambungan anda sebelum ini. Pergi ke Control Panel > Network Connections. Pilih penyambungan sebentar tadi dan semak semula segala apa yang anda masukkan. Anda ingin membuat semula setup ini. Tekan pada ikon sambungan yang anda buat sebentar tadi di dalam tutorial , tekan keunci Delete dan pilih OK. Pilih semula ‘Create a new connecton’ dan ulangi langkah-langkah tadi.
Setelah berjaya menyambung ke internet, jika anda tidak mengaktifkan lagi Windows XP anda, mungkin anda ingin berbuat demikian sekarang. Klik pada ikon Activate Product yang terdapat pada penjuru bawah kanan skrin anda (bersebelahan jam).TETAPI ingat, JANGAN sesekali melayari internet lagi kerana anda masih ada beberapa perkara penting yang perlu dibereskan sebelum dapat menggunakan komputer anda seperti biasa.



BAB 33: Menkonfigurasi POP Mail (Outlook Express)





Sekarang, anda akan menkonfigurasi settings Outlook Express agar anda dapat menerima dan menghantar e-mail melalui akaun 'dial-up' (atau streamyx) TMnet anda. Akaun e-mail ini dinamakan POP mail, berbeza dengan perkhidmatan web-based e-mail seperti Yahoo!Mail, Hotmail, Gmail dan sebagainya yang hanya memerlukan anda melancarkan pelayar internet seperti Internet Explorer untuk menggunakannya.
Lancarkan Outlook Express. Klik Start > All Programs >Outlook Express.Pilih Tools > Accounts. Pada tab Mail, klik pada butang ADD di penjuru kanan tetingkap dan pilih Mail...Muncul paparan "Internet Connection Wizard". Pada Display Name, taip apa-apa nama yang anda suka, contohnya TMnet. Tekan NextSeterusnya, pada ruang E-Mail Address, taipkan e-mail address anda, iaitu nama akaun dan diikuti address TMnet. Contohnya
' );
//-->\n

namaakaunanda@tm.net.my
' );
//-->


Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
' );
//-->


Jika nama akaun anda ayam, maka taip:
' );
//-->\n

ayam@tm.net.my
' );
//-->


Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
' );
//-->


..dan tekan butang Next.Seterusnya ialah paparan "E-Mail Servers Name". Pada ruangan "My incoming server name is:", pilih POP3.Pada ruangan Incoming Mail, taipkan: pop.tm.net.myPada ruangan Outgoing Mail, taipkan: smtp.tm.net.my...dan klik NextSeterusnya pada paparan 'Internet Mail Logon", taipkan nama akaun anda pada ruangan "Account Name". Jika anda ingin mengambil pilihan untuk tidak memasukkan password setiap kali ingin membuka e-mail, taipkan password anda pada ruangan "Password" dan tandakan check pada kotak "Remeber Password". Jika tidak, biarkan ia kosong.Abaikan ruangan "Log on using Secure Password Authentication (SPA)" dan klik Next dan seterusnya Finish. Outlook Express anda sekarang boleh digunakan untuk membaca dan menerima e-mail untuk akaun TMnet anda.

BAB 34: Memasang sistem sekuriti pada Windows XP






Langkah seterusnya adalah untuk memasang beberapa perisian sekuriti yang akan bertindak sebagai ‘pengawal keselamatan’ pada komputer baru anda.
Antivirus Pastikan anda memasang perisian antivirus pada Windows anda bagi mengelakkan komputer anda daripada diserang virus, dan juga bertindak memadam virus yang telah menyerang komuter anda. Perisian antivirus percuma AVG Antivirus boleh didapati di sini. Selain itu, perisian antivirus lain yang popular di pasaran adalah Norton Antivirus, McAfee Anti Virus dan Trend Micro PC-Cillin.
Pastikan anda mengemas kini (update) Antivirus anda sekurang-kurangnya setiap 2 minggu sekali. Ini kerana tiap-tiap hari ada virus baru dicipta. Anda boleh update perisian antivirus anda pada perisian itu sendiri (cari butang atau ikon yang bertulis seperti ‘Update Now, ‘Live Update’, ‘Update Pattern’ dan sebagainya).
Setiap dua minggu sekali juga, imbas hard disk anda untuk memastikan tiada virus di dalam sistem Windows anda (cari butang atau ikon seperti ‘Scan Now” dan sebagainya).
firewallPerisian firewall amat penting bagi memastikan komputer anda tidak diceroboh oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, sambil berpotensi menghalang virus daripada memasuki sistem komputer anda.
Jika anda menggunakan Windows XP dengan Service Pack 2, anda telah dilengkapi dengan Windows Firewall. Klik pada Control Panel > Windows Firewall. Pastikan ia berada pada status ON.
[NOTA: Sekiranya opsyen ini tiada pada Control Panel, maka windows anda tidak dilengkapi dengan Service Pack 2. Anda boleh mendapatkannya secara percuma dengan mengklik Start > All Programs > Windows Update. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Windows Update]Selain itu, terdapat juga beberapa perisian Firewall di pasaran. Salah satu yang menarik perhatian saya (saya mencadangkan anda memilikinya, terutamanya bagi mereka yang kerap berada di intenet dan pengguna yang lebih Advaneccd) ialah McAfee Firewall.
AntispywareTerlalu banyak website di internet yang ‘berniat jahat’ – ketika anda melayari laman web sebegini, secara diam-diam mereka memasang beberapa perisian tanpa anda sedari. Perisian ini, yang dikenali sebagai ‘spyware’, tanda-tanda komputer anda telah diserang spyware ialah seperti prestasi komputer menjadi semakin lembap, penuh dengan iklan-iklan yang anda sendiri tidak tahu bagaimana ia ada dalam komputer anda dan anda tidak dapat melawat laman web popular seperti Yahoo!, Microsoft dan sebagainya.Maka di sinilah perisian antispyware memainkan peranan.Pelbagai produk anti spyware, sama ada percuma atau berbayar boleh didapati di pasaran dan internet. Produk antispyware percuma dari microsoft sendiri ialah Microsoft AntiSpyware yang boleh didapati di microsoft.com. Produk antispyware percuma yang lain adalah seperti Ad-ware SE.Sama seperti antivirus, sila update perisian dan imbas komputer anda sekurang-kurangnya dua minggu sekali, atau di mana anda syak terdapat sypware di komputer anda.

BAB 35: Pelbagai perisian untuk pelbagai keperluan di Windows XP





Kita berada di peringkat terakhir sebelum kita menamatkan tutorial ini. Seterunya anda akan memasang perisian-perisian tambahan yang biasanya penting (dan biasanya boleh didapati percuma) dan banyak digunakan ketika menggunakan Windows.
WinzipWinzip ialah sebuah perisian yang memampatkan fail-fail yang besar saiznya kepada saiz yang lebih kecil. Selain itu, Winzip berfungsi mempakej banyak fail ke dalam satu fail. Winzip sangat berguna terutamanya ketika memindah terima (download) sesuatu dari internet.
Winzip boleh didapati secara percuma di laman web http://www.winzip.com/
Alternatif kepada Winzip ialah WinRar, juga boleh didapati secara percuma di http://www.winrar.com/
Adobe Acrobat ReaderSangat berguna terutamanya ketika membaca dokumen di internet atau memindah terima dokumen di internet. Dapatkan secara percuma di http://www.acrobat.com/
Perisian Pejabat (Office)Perisian pejabat yang paling popular di Malaysia ialah Microsoft Office yang meliputi MS Word, MS Excel, MS Powerpoint dan sebagainya. Jangan lupa untuk dapatkannya di pasaran dan dipasang pada Windows anda.
Terdapat juga beberapa alternatif lain. OpenOffice memberikan sut seperti Microsoft Office, dengan percuma. Selain itu, anda juga mungkin ingin meggunakan Lotus SmartSuite sebagai pilihan.
Pelayar InternetAnda juga mungkin ingin menggunakan pelayar Internet lain dari Internet Explorer, seperti Mozilla Firefox, Opera atau Netscape Navigator.
Dapatkan Mozilla Firefox secara percuma di http://www.mozilla.org/
Netscape secara percuma juga boleh didapati di http://www.netscape.com/


BAB 36: MENAMATKAN TUTORIAL ANDA!





Sekarang, Windows anda sudah sedia untuk digunakan seperti biasa. Sebelum itu saya mencadangkan agar anda memasang/install dahulu segala apa perisian lain yang anda perlukan – games, image editor dan sebagainya. Langkah terakhir sekali yang anda perlu lakukan sebelum tutorial ini tamat:
Disk DefragmenterMemandangkan anda telah banyak memasang perisian pada partition C, maka tibalah masanya untuk ‘menyusun’ hard disk anda agar lebih cepat dan lancar. Jangan bimbang! Bukan anda yang akan melakukan kerja penyusunan ini, anda hanya perlu sandar pada kerusi kerana Windows akan melakukannya secara automatik dengan beberapa langkah mudah.
Klik Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.
Satu paparan seperti di bawah akan dipaparkan:
Pilih dengan mengklik pada partition C: dan klik butang Defragment. Rehat dan tunggu sehingga proses mencapai 100%. Tutup disk defragmenter.
Tahniah! Anda telah selesai tutorial pemasangan sendiri PC anda – dari pecahan device sehinggalah satu sistem lengkap dengan Micorosft Windows XP sedia untuk digunakan.
"TUTORIAL TAMAT SECARA RASMINYA DI SINI...!!!"