Isnin, 1 Mac 2010

Rabu, 17 Februari 2010

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi di Malaysia

KEPENTINGAN
CONTOH
a) Pusat Pelancongan
- Suhu yang sederhana menarik pelancong datang ke Malaysia.
- Tanah Tinggi Cameron
-Gentinghighland
b) Kawasan Tadahan Air
- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.
c) Sumber Kayu Balak
- Diliputi oleh Hutan Hujan Tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti keruing dan Meranti
d) Pusat Jana Kuasa Hidroelektrik
- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidro elektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras
e) Kawasan Pertanian
- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana
Tanah Pamah
Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang.
Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Bnajaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang.
KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH.
Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk.
Banjyak petempatan dibina di kawasan tanah pamah yang terdiri daripada bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kuching, dan Kota Kinabalu.
Bandar-bandar ini adalah pusat pentadbiran, pusat perdagangan, dan kewangan.
Kawasan tanah pamah sesuai dijalankan pertanian seperti penanaman nanas, padi, getah, dan kelapa sawit.
Tanah pamah sesuai juga dijadikan tapak perindustrian kerana kawasan yang rata memudahkan kilang dibina. Contohnya di Petaling Jaya dan Shah Alam.
Jaringan pengangkutan jalan raya dan landasan kerata api juga dibina di kawasan rendah dan rata.
Tanah pamah di kawasan pinggir laut pula dibina pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang.
Pinggir Laut
Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang dan pelbagai bentuk uka bumi seperti tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau, dan pentas benua.
Semua negeri mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persukutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Hakisan terhadap batu-batan yang curam di pinggir laut membentuk tebing tinggi.
Hakisan terhadap batuan yang berselang-seli keras dan lembut membentuk teluk dan tanjung.
Hakisan terhadap batuan lembut di bahagian tabing tinggi akan membentuk gua.
Hakisan gua yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.
Hakisan berterusan terhadap gerbang laut akan membentuk batu tunggul dan seterusnya batu sisa.
Proses pemendapan ombak membentuk pantai berpasir, anak tanjung, beting pasir, lagun, dan tombolo.
CIRI dan KEPENTINGAN PINGGIR LAUT
Pentas benua ialah bahagian dasar laut yang cetek, tidak lebih 180 meter dalam.
Pentas benua terdapat di kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak di Laut China Selatan.
Laut penting sebagai kawasan perikanan, perlombongan petroleum, dan gas asli.
Pantai berpasir merupakan kawasan yang ditimbuni pasir dan batu kelikir di sepanjang kawasan pinggir laut.
Pantai mempunyai permatang pasir yang panjang, bersih, dan indah.
Pantai penting sebagai kawasan perlancongan dan perkelahan seperti Port Dickson di Negeri Sembilan, Pantai Cahaya Bulan di Kelantan, dan Batu Feringghi di Pualu Pinang.
Pokok kelapa tumbuh di sepanjang pantai berpasir.
Pantai berlumpur merupakan kawasan pinggir laut yang ditumbuhi pokok bakau yang bertindak menahan hakisan akibat dilanda oleh ombak laut.
Pantai berlumpur terdapat di sekitar muara Sungai Perak dan muara Sungai Rajang.
Pantai berlumpur merupakan sumber kayu bakau dan menjadi tempat pembiakan hidupan laut sepert ketam, kerang, dan ikan.
Pulau adalah sebuah daratan yang dikelilingi oleh laut. Contoh, Pulau Langkawi dan Pulau Redang.
Pulau penting sebagai kawasan pelancongan, pelabuhan antarabangsa, dan pelabuhan perikanan.
Tanjung merupakan daratan yang menganjur ke laut dan terdiri daripada lapisan batuan keras yang tahan hakisan.
Contoh tanjung seperti Tanjung Bidara di Melaka, Tnajung Dawai di Kedah, dan Tajung Datu di Sarawak.
Teluk adalah kawasan air antara dua tanjung. Contohnya, Teluk Kemang di Negeri Sembilan dan Teluk Darvel di Sabah.
Teluk yang terlindung daripada tiupan angin monsun dan ombak sesuai dibina petempatan nelayan, tapak perlabuhan,kawasan perikanan, dan tempat perkelahan.
Tebing tinggi terdiri daripada batuan keras yang condong sama ada ke laut atau ke daratan dan bercerun curam.
Contohnya, Tebing Tinggi Kudat di Sabah dan Tebing Tinggi Bungah di Pulau Pinang.
Tebing tinggi penting sebagai tempat rekreasi dan pelancongan serta tapak bina rumah api.
Pola Saliran
Sebuah sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya.
Kwasaan yang disaliri oleh sistem saliran ini dikenal sebagai lembangan sungai.
Pola saliran merujuk kepada cara cawangan sungai dan sungai utama menjalin antara satu dengan yang lain.
Contoh: reranting, jejala, sepunca(jejari), saliran bawah tanah, sejajar, bersirat, saliran darat, dan gegelang.
Pola saliran reranting berbentuk di lembangan sungai yang mempunyai struktur batuan yang sama kekerasan.
Pola saliran ini kelihatan seperti pokok yang mempunyai batang, dahan, dan ranting.
Contoh sungai yang mempunyai jenis saliran ini adalah Sungai Rajang, Sungai Baram, Sungai Pahang, dan Sungai Kelantan.
Pola saliran jejala terbentuk di lembangan sungai yang mempunyai batuan keras dan batuan lembut yang berselang-seli. Contohnya, Sungai Perak.
Anak-anak sungai mengalir di batuan lembut dan bercantum dengan sungai utama pada sudut tepat, iaitu 90'.
Pola saliran sepunca(jejari) terbentuk apabila sungai mengalir turun menghala ke semua arah dan kemuncak sebuah bukit atau gunung. Contohnya, di Gunung Kinabalu dan Gunung Benom.
Pola saliran bawah tanah terdapat di kawasan batu kapur. Sungai-sungai mengalir masuk ke kawasan batu kapur yang poros dan mengalir keluar sebagai mata air.
Pola saliran sejajar terbentuk apabila anak-anak sungai yang mengalir selari bercantum dengan sungai utama di sebelah sungai utama saja.
Pola saliran bersirat terbentuk di kawasan delta sungai atau dataran mendap.
Jenis saliran ini mempunyai banyak alur sungai.
Pola saliran darat terbentuk apabila anak-anak sungai atau sebuah sungai mengalir masuk ke sesuatu kawasan dan membentuk tasik.
Pola saliran gegelang terbentuk apabila cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah.
Sungai dan Tasik
Sungai-sungai di Malaysia sentiasa mempunyai kandungan air yang banyak kerana negara ini menerima hujan yang lebat sepanjang tahun.
Sungai-sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi dan mengalir di antara banjaran gunung. arah timur ke barat di Sabah dan Sarawak; arah utara ke selatan di Semenanjung Malaysia.
Sungai-sungai utama: Sungai Pahang (475km) ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia; Sungai Rajang (563km) ialah sungai yang terpanjang di Sarawak dan di Malaysi; Sungai Kinabatangan (560km) ialah sungai yang terpanjang di Sabah.
Tasik Bera dan Tasik Chini ialah contoh tasik semula jadi.
Tasik Bera dan Tasik Chini adalah contoh tasik semula jadi.
Tasik Chenderoh, Tasik Temengor, dan Tasik Kenyir ialah contoh tasik buatan manusia yang terbentuk akibat pembinaan empangan untuk tujuan penjanaan hidroelektrik.
Tasik Perdana dibuat untuk tujuan rekreasi dan pelancongan.
Pentingnya tasik sebagai sumber ikan air tawar; sebagai sumber bekalan air; dan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan.

Kepentingan Kawasan Tanah Pamah di Malaysia
KEPENTINGAN
CONTOH
a) Kawasan Pertanian
- Diliputi tahih alluvium; penting untuk padi
- Bersaliran baik, sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit
b) Kawasan Perlombongan
- Timah alluvium banyak terdapat di lombong di Lembah Kinta
c) Tapak Petempatan
- Menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Kelang
d) Kawasan Perindustrian
- Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah seperti di Lembah Kelang
e) Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan
- Tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan

Ahad, 31 Januari 2010

RENUNGAN BUAT ANAK YANG MASIH ADA LAGI IBU

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...
Mak..... Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.....
Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai......
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu......
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .tapi
kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..
Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer...
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak......
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter....Mak.....Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...
sekosong hati ini......
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...
dinginnnn. ....
Mak......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..
." dikk...jangan nangis...
kalau sayang mak jangan buat gitu...
jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu....
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...."
tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu....
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

TIPS PENULISAN UPSR

Tip Penulisan
Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR menyediakan tiga soalan untuk dijawab dalam tempoh 1 jam. Anda boleh memilih untuk menjawab Soalan 1 (a) atau 1 (b). Calon dimestikan untuk menjawab Soalan 2.
Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Seelok-eloknya tulislah sehingga 120 patah perkataan. Jangan terlalu panjang kerana anda akan kesuntukan masa untuk menjawab soalan yang seterusnya. Anda mungkin juga akan banyak melakukan kesalahan dari segi tatabahasa yang akan menyebabkan markah anda ditolak.
Umumnya, karangan/penulisan dalam UPSR terbahagi kepada dua jenis:
¨ Karangan berformat
¨ Karangan tidak berformat
4. Contoh karangan berformat
¨ berita
¨ dialog/ temu ramah
¨ laporan
¨ perbahasan
¨ surat kiriman rasmi
¨ surat kiriman tidak rasmi
¨ syarahan
¨ ucapan
5. Contoh karangan tidak berformat
¨ autobiografi & biografi
¨ fakta
¨ imaginasi/cereka
¨ peribahasa
¨ perbincangan
¨ naratif/keperihalan
¨ penerangan
¨ situasi
¨ menyudahkan cerita
Ciri-Ciri Karangan yang Baik
¨ pendahuluan yang berkesan, memahami kehendak soalan dan memberikan tumpuan kepada tugasan soalan
¨ isi yang relevan dan mencukupi
¨ isi diolah dengan baik
¨ disertakan contoh-contoh yang sesuai
¨ pemilihan kata yang sesuai
¨ kosa kata luas dan tepat
¨ ada kesinambungan
¨ ada perenggan
¨ penutup yang baik
Proses Menulis Karangan
¨ Memahami kehendak soalan
¨ Mencari isi penting
¨ Menyusun isi, bina rangka karangan
¨ Menulis karangan
¨ Menyemak (aspek bahasa sahaja)
Pemarkahan Karangan
a. Isi - 10 markah
Perincian peruntukan markah:
¨ Pendahuluan - 1 markah
¨ Isi 1 - 2 markah
¨ Isi 2 - 2 markah
¨ Isi 3 - 2 markah
¨ Isi 4 - 2 markah
¨ Penutup - 1 markah
Nota: Isi yang mantap (isi dengan huraian dan olahan, yang tidak menepati piawai, hanya diberi 1 markah sahaja).
b. Aspek Bahasa - (15 markah)
¨ perbendaharaan kata - 3 markah
¨ struktur ayat - 3 markah
¨ imbuhan - 3 markah
¨ tanda baca - 3 markah
¨ ejaan - 3 markah

Rabu, 27 Januari 2010

BENTUK-BENTUK PANTUN

Bentuk Pantun :Pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:977), pantun ialah puisi lama yang bisanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dalam setiap rangkap terdapat dua baris pertama yang merupakan pembayang maksud dan selainnya ialah maksud yang hendak disampaikan.
Pantun mempunyai rangkap-rangkap berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2, 4, 6, sehingga 16. Rangkap yang paling umum ialah yang mempunyai empat baris serangkap.Rangkap yang genap adalah melambangkan keindahan kerana orang Melayu penting sesuatu yang telah di susun rapi, tapi menarik. Pembentukan rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun Melayu iaitu pantun dua kerat (pameo atau pantun kilat), pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan seterusnya hingga pantun enam belas kerat. Terdapat juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait, (Zainal Abidin Bakar, 1991) dan biasanya dalam bentuk empat kerat.
Setiap baris mengandungi kata dasar antara 4-5 patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara lapan hingga dua belas. Yang biasanya ialah lapan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris.
Setiap stanza/rangkap pantun mempunyai dua unit atau kuplet iaitu unit/kuplet pembayang/sampiran (separuh jumlah baris bahagian pertama) dan unit/kuplet maksud (separuh jumlah baris bahagian kedua).
Mempunyai skema rima hujung yng tetap iaitu a-b,a-b dengan sedikit variasi a-a, a-a, a-b, a-a, a-b, b-a dan sebagainya. Tetapi lumrahnya ialah a-b,a-b.
Setiap rangkap pantun merupakan satu keseluruhan, iaitu mengandungi satu fikiran yang bulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut. Walaubagaimanapun terdapat juga pantun yang tidak lengkap jika hanya satu rangkap sahaja seperti pantun berkait.
Pendeta Za’ba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu III mengatakan bahawa pantun ialah karangan berangkap yang menjadi milik bangsa Melayu dan mempunyai semangat Melayu. Pantun merupakan wadah bagi orang Melayu dalam menggambarkan pencapaian kognitif atau fikiran, falsafah, sikap dan perasaan mereka. Ini mencakupi perasaan hiba, suka, duka, sindir, giat, berkasih sayang, pujuk cumbu dan sebagainya.
Tegasnya, pantun boleh diertikan sebagai karangan berangkap atau puisi milik masyarakat Melayu yang terciri dengan kehadiran sampiran atau pembayang dan mempunyai pola rima tertentu, sama ada a b, ab ab, abc abc, abcd abcd, abcde abcde….n. n ialah jenis pantun. Contohnya, jika n ialah jenis pantun 16 kerat, maka pola rimanya ialah abcdefgh abcdefgh. Terdapat 8 baris sampiran dan 8 baris maksud.
Menurut Abdul Halim “R” dalam kertas kerjanya yang bertajuk”Pemantapan Pantun,” terdapat satu lagi keistimewaan pantun yang boleh di ketengahkan ke alam sastera. Keistimewaan yang dimaksudkan itu ialah dalam “Pantun Samarima.” Yakni rimanya sama untuk semua perkataan yang sejajar atau sepasang dengannya.Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. Rujuk Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional, untuk huraian terperinci tentang bentuk pantun Melayu.
Pantun Dua BarisAda ubi ada batas,Ada budi ada balas.Pantun Empat BarisPulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Pantun Enam BarisApa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.
[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]Pantun Lapan BarisRumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai.
[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]Pantun Dua Belas BarisAnak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,Hinggap minum ke muara,Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]

Pantun BerkaitAngsana berpucuk di atas batu,Pucuk digangsa beribu-ribuan;Ada bunga di naung batu,Kuntumnya kaca tangkainya embun.Pucuk digangsa beribu-ribuan,Kembang diuca balik beroleh;Kuntumnya kaca tangkainya embun,Dipandang sahaja diambil tak boleh.Kembang diuca balik beroleh,Tambang garam di dalam sekoci;Dipandang sahaja diambil tak boleh,Bertambah geram di dalam hati.[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]

Sejarah Asal Pantun
Keistimewaan bahasa pantun telah menarik minat ramai pengkaji dan telah banyak pendapat dikeluarkan tentangnya. Kata asal pantun dan ertinya telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad, Wilkinson, Winstedt, Van Ophuijsen dan lain-lain lagi. Sesungguhnya pantun mendapat sorotan dan kritikan yang cukup luas daripada kalangan Sarjana Melayu dan Orientalis Barat. Sarjana dan penulis Melayu seperti Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh, Profesor Dr. Md Salleh Yaapar, Tajul Kelantan, Darus Ahmad, Dr. Harun Mat Piah, Zainal Abidin Bakar, Jamilah Haji Ahmad, Samad Ahmad, Zakaria Hitam, Asmad, Gazali Dunia, Yahya Ismail dan puluhan nama lagi turut memartabatkan kembali keistimewaan pantun dalam masyarakat Malaysia mutakhir.
Di samping puluhan nama orientalis dan Sarjana Barat yang tidak jemu-jemu mengkaji dan memasyurkan pantun Melayu termasuklah R.O. Winstedt, H. Overbeck, A.W. Hamilton, M.G. Emies, C.Hooykaas, L. Philip Thomas, R.J. Wilkinson, C. Hugh Holman, Rene Daillie dan sebagainya yang terdapat sama ada di Amerika Syarikat, Great Britaian, Peranchis dan sebagainya turut sama memperkenalkan pantun dalam masyarakat Eropah dan dunia antarabangsa menerusi kajian dan buku-buku karangan mereka.
Sarjana dan penulis berketurunan Cina seperti Goh Then Chye (Loo Mun), Liaw Yock Fang, Phoon Mun Kwong, F.L. Wong dan sebagainya ikut membantu menyebarluaskan kefahaman masyarakat dunia terhadap keunggulan pantun yang sudah diakui sebagai satu-satunya genre kesusasteraan Melayu yang asli, indah dan tidak lapuk ditelan zaman dan sentiasa mengikut rentak perubahan dengan mesejnya yang semasa.
Van Ophusyen mengatakan bahawa pantun adalah seperti ende-ende bahasa Batak. Pendeta Za’ba mengatakan pantun merupakan puisi Melayu tertua yang hampir sama dengan bangsa Melayu sendiri. Wujud perbezaan pendapat antara Za’ba dengan Van Ophusyen. Sesungguhnya kaum Batak hanya satu kaum sahaja daripada bangsa Melayu. Kajian Van Ophusyen sendiri telah memperkukuhkan pendapat Pendeta Za’ba tentang asal pantun.

Rujukan

Ahmad Kamal Abdullah (1989). Unsur-Unsur Islam Dalam Puisi Melayu Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah (1997). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bakar (1983). Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurik-Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2002). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga.(1998).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Permata Timur(1998). Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia.